Showing posts with label freshies freshable~. Show all posts
Showing posts with label freshies freshable~. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

::Betol la orang cakap:Zaman belajar lagi best!::

 
Hamboih kemain cliche lagi tajuk ye u olls. Hape tandanya kalau tajuk di atas itu menjadik tajuk pada harini.ehek.
Sebenaunya tengah stress kije ni haaa...betimbun-timbun,belambak-lambak.huhu.
Dah la nak dekat raya ni,tak tenang rasanya nak bercuti dengan penuh kedamaian memikirkan kelambakan kije sekarang ini.huhu
Suddenly tingat la orang dulu-dulu cakap,masa kita skolah,belajar kat unibersiti dlu.
Cikgu-cikgu selalu cakap,belajar la selagi boleh.Nanti dah keje,tade da nikmat macam nikmat belajar ni.
Ha hamek kau! Now I can feel the truth.Eceh,speaking kemahin kau. Biase la bila stress ni macam-macam bahasa boleh kuar tau.muehehe.
Yelah taim belajar,sukati je nak gi ke tak kelas.Kekadang tu agak-agak malas, skip le kelas petang.ohmaigod!
Kat tempat keje,gila kau nak buat cenggitu. Sekali dua boleh la,berkali-kali? Tak ke kena buang keje nanti.huhu.
Hoi la,kemalasan agak berganda. Bila dipikir ade betol nya kata-kata nasihat dari oarng dulu-dulu.
Makanya yang ade peluang untuk belajar,amik la kesempatan ini untuk terus menimba ilmu.
Yang masih bekerja,ambil la sebagai cabaran dalam hidup.
Ala-ala sweet bitter memory gitew.hehe. Okay. Back to work.
Penat dah membebel.phew.
Selamat berpose.jaga mata dan mulut.okebai.

Tuesday, June 18, 2013

::memorable weekend oyeah!::


Olla people.as usual entry basi di hari selasa. Semalam a little bit busy la,so takleh nak hapdet pape,nak join pape GA. huhu.sobs.
Arini boleh la senang sikit,ringankan jari menaip.weeeuuuu.
Just nak ceta sikit pasal weekend CikYna yang lopeh. Ala yang pasal konvo CikYna cite tu.
Yang NI, *klik untuk tau lebih lanjut*
makanya weekedn lepas adalah konvo silat cekak di Dewan Datuk Haji Maideen ni nesmilan.yeay
sangat meriah dengan kehadiran ramai ahli PSSCM diseluruh negara
CikYna amik part dalam jualan bersama biro wanita silat cekak.best gila baq hang,riuh rendah sangat
hehe.
pagi ade konvo,petang ade MAP, malam plak dinner dan sambutan israk mikraj.
having fun sangat sebab petang masa MAP tu we olls kuar carik cendol sebab terlalu paneh kat nesmilan ni
then jumpa.hehe. Cendol Zareen.

 Cendol Zareen
 ade cendol dan ABC. tapi yang pink tu paling sedap.hehe

Banyak aktiviti sebenarnya masa konvo tuh,sempat la jumpa incik tunang kejap.
Then rushing2 sampai la carik masjid dan terlelap lam masjid tu
Penat tapi sangat berbaloi.hehe.meh layan picca






smile:)
 yang menulih,



Monday, June 3, 2013

::PLKN series part 1::

 
Eceh,kemain lagi nak ber part-pat plak. Bajet ramai followers betol la kau ni.haha
Tade la sebenarnya nak sambung je cite sal PLKN yang CikYna post minggu lepas.
Ingat lagi ke tak? Ce klik SAYANG APA KHABAR DENGANMU ENTRY ni.hehe.
Tekujat ana tau bila tengok ramai giler yang komen.OMG! tak penah ramai sebegini yang sudi mengomen entry CikYna. Rase cam pemes sebentar. Buweekkk!muntah*
Oh tapi kan CikYna tade banyak gambo laa...gambo entry lepas tu la gambo yang ade,yang lain semua lam album.
Dolu-dolu kan mana nak mampu beli kamera digital,sape yang ade kamera digital tu kiranya loaded gila baq hang!
So pas cuci gamba,trus letak lam album comey2 wat koleksi. Nanti CiKYna balik uamh, CikYna tunjuk album ngan koleksi gambo tu ye.
 
Meh kita mula:
CikYna merupakan pelatih PLKN siri 2 kumpulan 1. Kiranya second freshie la.
Pas SPM,dok umah kejap,pastu g PLKN. Teruja nak g PLKN Tuh!Ya ampon! Tak dapat nak digambarkan ngan kata-kata. Seghonok gila!
Walopon CiKYna ni bukannya extreme sangat,tapi sangat suka laa...especially kawad,hewhew
Jarak ke Kem Tasoh dengan umah CikYna hanyalaaa...30 menet.
 
Pintu gerbang da cantek
 Setiap minggu mesti mak datang bawak makanan.haha. jeles gila yang lain bila mak datang setiap minggu. Maklumla,dapat makan makanan lain selain makanan kem yang kurang sedap tuh.
Eh nak tau tak rasia CikYna berisi time PLKN tu?
Rahsianya adalaahhh...rutin makanan kami adalah 6x sehari iaitu sarapan,minum pagi,makan tengahari,minum petang,makan malam dan makan tengah malam.
Nak habaq mai kat U olls,makan tengah malam itu,adalah sangaaaattt laaa heavy!
Makan burger,sosej,makanan berat-berat la selain biskut.isk.Taim itu adalah time tido,tapi bagi plak burger,hamek kau!
Memang mendadak-dadak la badan,makan beger pastu terbongkang tido.hok aloh!

Itu bab makan,bila bab latihan plak, CikYna paling suka time kawad.Oh lupa,CikYna dalam team BRAVO tau.Bendera kami wana peberet I olls,BIRU!
Kembali pada latihan tadi,time kawad memang time di mana nampak kesungguhan antara semua. Even yang taktau kawad pon tetiba eksaited bila berkawad.
Paling CikYna tak suka adalah aktiviti rentas halangan. Takot la weh.hehe.
Nak panjat tembok tinggi-tinggi,omaigod!
Luruh jantung tau,Dah la time flying fox, CikYna orang last buat sebab takut tinggi. wooopsss!Bocor rasia.hehe

Rasanya itu dulu untuk part 1,banyak gi nak cite sebenarnya tapi masa rehat nak habeh dah.phew!
Lagi best ceta kalau ade gambo sekali. Nantilah CikYna g scan semua gambo tu ye.
Eh,I sempat berchenta tau masa tu. Gatai nak mampos!haha,no just joking.Ala chenta ngada-ngada,habis kem terus la tade pape.kuang-kuang-kuang.
Moh layan lagu khidmat negara jap. Rindu la plop.
 
hengat lagi tau lagu ni.rindu.sobs.
 
So buat yang terpilih tu,kalau tak minat ke apa,pegi dulu. Kompem nanti bila da habeh mesti tanak balik,nanges sampai banjir.percayalah..hehe.
Ada pro dan kontra nya,tak caya pegi dulu,tak terpilih? Takpe. Banyak lagi anda buleh join.hehe.
Satu Hasrat,Satu semangat,satu tekad!

smile:)
Yang menulih,

Friday, February 15, 2013

kobar baru 2013=)

assalamualaikum semua!
omagai lama nor tak hapdet belog ni...
setengah taun kot,nampk sangat saya seorang blogger yang tidak berjaya -.-'
now back to my stori.
nama pon stengah taun...macam2 la benda yang jadik for the past 6 months
aiyooo...6MONTHS
so camne nak mula dan nak cita dr mana,sy kena pikir dlu...mihmih...
kering idea gak ni
rasa nak menulih membuak2 dan membako2 tapi rasanya cam belog ni tak menarik je
ada ka org nak baca,isk
tengs jugak untuk blogger2 comey yg memberi inspirasi padaku:
dan tak lupa pada Maria Elena/Irine Nadia dan Fatin Liyana
sungguh ohsem la belog mereka,terhibur membaca bagai di awangan...kekekekekekekekke
Okla...nanti sy sambung lg entry. InsyaAllah belog ni akan trus subur dan mekar di ati...eceh
nantikan sy dan perkembangan terbaru sy.

SALAM CERIA ^__^

p/s:nak g kem ni..semangat!PERKHEMAHAN JUBLI PERAK PSSCMUIAM

cantik kan banner,cantik kan,cantik kan...hihi


Monday, April 9, 2012

::freshie blog!SAYABUDAKBARUBLAJAR::

ayam telah berkokok tatkala sy menulis entry ni
dia suro tdolah tu..hehe
btw,harini genaplah 3 hari..
sy edit blog ni bagi cantik sket..huhu
dah gler nak edit blog kasik cantik2
of coz tgok dari majalah REMAJA
tak lupa jugak,dari tutorial kawan2..tengs u ollss
walaupon tadela cantik dan menarik sgt
tapi sy puas hati...hehe
mesti korang tertanya2 kan?
knapa tajuknye blog ni SISACINTAKITA!
saje je...nak letak camtu,kasik jiwang2
tadela..
adelah sebab dia..
blog ni cam diari,
dlu rajin tulih diari kat buku..
tapi zaman tu da lepas,
now,
diari d ujung jari..huhu
macam2 yang sy nak cite dlam ni..
soal idop,persahabatan,family,cinta dan semuanya!
huhu...
sy tak harap ada peminat pon..
tapi sy nak share ape2 sje dalam blog ni..
hope adelah yg suka dan bagi pendapat ye
coz i'm still learn to be a blogger!
okla..
ayam dah bising2 tu,
blom mak lagi bangun suh tdo..
tdo dlu..hope mimpi yg indah!
b4 tdo,doa yang terbaek..
moga dimakbulkan..
insyaAllah..
ASSALAMUALAIKUM..(^__^)