16 Mei setiap tahun. Hari bersejarah buat mereka yang bergelar cikgu.
Teringat pulak sambutan hari guru kat sekolah. Cikgu-cikgu main sukaneka, pelajar-pelajar pulak berlumba-lumba bagi hadiah
Tengok hadiah sape paling mahal
Saya dulu jarang bagi hadiah kat cikgu, hee.penjimatan. Kalau bagi pon kat cikgu peberet.
Mintak mak belikan cawan kat kedai 2 ringgit, pastu balut cantik-cantik bagi cikgu
Suka sangat bila cikgu cakap terima kasih.hehe
Saya nak ucapkan selamat hari guru buat cikgu tadika saya yang sabar dengan kerenah saya, sebab selalu menangis masa tadika,
buat cikgu sekolah rendah kat SK Seri Tunjong,
buat cikgu SMK Tengku Suleiman,
cikgu-cikgu tuisyen saya,
cikgu-cikgu PLKN saya,
buat pensyarah Matrikulasi UIA dan UIA Gombak,
Juga buat guru Utama PSSCM, YM Datuk
Tak lupa buat kawan-kawan dan sepupu yang bergelar cikgu.
Terima kasih banyak-banyak atas jasa kalian.
Semoga kalian semua sentiasa diredhai dan dilindungi selalu.
amin:)
anak muridmu,
No comments:
Post a Comment