Thursday, June 26, 2014

Macam mana saya bersosial dengan opismate saya?

 
Yes, lama tak update. Harini ada masa sikit, so sempat nak cek belog dan berbelog.hehe
Untuk tajuk kat atas tu nampak macam rare sikit la, hek eleh panjang bebenor tajuk
Yes, saya bekerja di syarikat omputih aka Dutch company dekat Pasar Seni. Dh namanya omputih mestilah cara depa pon omputih jugak
Ni sejak piala dunia ni kan dah 2x Netherland menang, so pagi-pagi good news pasal bola
Yes, siap ade poster lagi punya la nak menyokong. Ikotkan hati nak aje letak poster Malaysia sebelah tu. Excuse me ini Malaysia hokey! Kenala letak sekali baru adil dan saksama gitu.

So kisahnya Selasa lepas ade farewell party kat boss dekat thebee di solaris Dutamas. Tempat horang-horang kayo.
Taknak pergi tak patut plak sebab beliau yang diraikan tu CEO. So last-last ambil keputusan pergi tunjuk muka pastu balik cepat-cepat
Masuk je solaris tu hamboih nampak sangat tempat acik-acik datin soping. Supermarket tu kalah jayen tesco ni haaa.
Curlass baq hang! I olls tengok barang pom homaihh rege, tak layan la kat I olls gaji ciput ni

Masuk aje restoren tu, memang semua mat dan minah saleh. Yang pakaiannya memang tak cukup kain. Seksa mak nengok nak.
Semua pandang I olls atas bawah. Why this tudung girl came here! huhu..tsskkk.
Bos pilih lak kat area luar, boleh la mereka nak berasap. Senang. I olls ni duduk jelah dengan suasana bising nya, dan saya yang mengantuknya! hoih..Op kos, itu minuman haram di sana sini
Then si waiter datang bawak menu, mintak saya pilih minuman. Ade jus katanya,..agak-agak u olls ape saya buat?

Mestilah tak minum, gila weh lau hidang minuman gitu even jus depa mana tau halal ke haram. sepanjang masa I olls tengok jela, then bila bos tanya y u tak minum ape-ape, I olls cakap I olls kenyang (amik ati)
Nasib baik la jugak ade sorang kawan chinese ni paham. Dia ajak saya balik awal, siap hantor lagi.Masa tu pukul 9 lebih. Ikotkan saya tunjuk muka 2 menet, terus nak balik.hehe.
Maka selamatnya saya balik malam tu dan esok pagi tu dengar ramaila jugak yang melelong ting tong.haha

Saya boleh hormat cara mereka sebab mereka hormatkan saya. Mereka tau batas-batas walopon kadang-kadang tu ada gurauan. Mereka tahu saya tak boleh minum dan makan, dan mereka takkan makan dekat dengan saya. Makan maksudnya makan benda yang haram. hehe
Dan bila saya solat, tiada la bantahan walopon takde tempat yang proper untuk solat. Islam tu kan mudah.hehe
Dan mereka juga amat pentingkan masa, macam saya jugak..
Boleh je nak kerja ngan non muslim, cuma kita jangan terikut-ikot mereka laa..I mean not culture shock one.hehe
Bos nak pergi Miami, bukak opis kat sana. bye-bye boss. see u again!

No comments: