Monday, April 15, 2013

::Perlu ke kursus kahwin??::

Assalamualaikum

"Kenapa kita perlu pergi kursus kahwin? Dan apa manfaatnya yang kita dapat daripada kursus tersebut?"

Apa yang CikYna dapat daripada Kursus kahwin yang CikYna pernah join adalah,kursus kahwin ni berkuatkuasa menjadi WAJIB siap bold lagi pada tahun 2007. Di mana pada tahun 2006 statistik penceraian menunjukkan peningkatan kepada 2000++.
Jadi pihak berkuasa menetapkan bahawa kursus kahwin ini adalah wajib di ambil bersama sijil untuk bakal pengantin.

KEMUDIAN...

Adakah lepas itu,kadar penceraian menurun???
Oh,tidak sama sekali,pada tahun 2011 sahaja hampir 11 000 penceraian dicatatkan di Malaysia.
Oh mai! Terlopong,ternganga mulut CikYna mendengarnya.
Rasa begitu takut nak kahwin alahai.

Dan bukan satu,dua alasan atau penyebab penceraian TETAPI ada hampir 37 punca penceraian dan WANG atau DUIT bukan masalah UTAMA. 
Mari kita check kawan2,apa sebab atau punca penceraian..hmm.. nak share ke tamau tah.

  • TAK SEFAHAMAN: kenal dah 5,6 tahun,bila dah kawen,tuptup tade sefahaman.hmmm..#thinking#
  • TAK BERTANGGUNGJAWAB: lelaki la kot. bukan gender bias tau. ustazah yang cakap.hihi.
  • TAK BERAKHLAK: yang ni? Boleh pikir kot.pompuan zaman sekarang pon kadang-kadang akhlak dia terkurang sket dari laki.hukhuk
  • ORANG KETIGA: omg! scary merry nya. haish, Orang ketiga antara 5 sebab penceraian.
  • DUIT: see? yang ni jatuh nombot lima. Tambahan bila dua-dua kerja,rasanya tade problem melainkan masalah lain.hukhuk.
Itulah antara yang CikYna boleh share. Banyak prosedur nak kena buat sebenarnya kalau nak kahwin ni. Baru I tau.Dan sebab2 penceraian tu juga amat scary. Bayangkan hanya kerana masalah seciput tu kadang-kadang boleh membawa kepada penceraian.hmm..
Adakah U olls da bersedia fizikal dan mental mengharungi liku-liku cabaran dalam berumah tangga ni?
Banyak benda boleh dapat kat kursus kahwin ni kalau korang tak tidur fokus. Benda-benda yang kita keliru insyaAllah akan terjawab.
So selamat berkursus, I olls da lepas semalam. So boleh la cita.hehe.

Okebai.

NotakakiCikYna: Bulan 6 dah setat ada test tau untuk kusus kahwin. Baik amek cepat. #wink#

7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

lagi ada kursus kahwin lagi banyak kes cerai berai...rasanya diaorang kena kaji ko-kurikulum kursus kahwin ni balik...

husnaradzie said...

itulah sis.saya sendiri pon tekejut dengar...huhu

intan said...

wah dah gi kursus kawen ek..

tapi kadar perceraian mmg tinggi, 1 prceraian setiap 15minit.. mmg scary..

husnaradzie said...

betul tu Cik intan...awak dah g ke?bulan 6 ada exam tau

adzairdawati makdara said...

kursus sagt sangat perlu kerana lps kahwen berbelas2 tahun pun masih diguna pakai apa yg dipelajari masa kursus kawen dulu2 :)

husnaradzie said...

betul tu MD!banyak benda yang saya konpius dan saya tau lepas pegi kusus..hehe

intan said...

saya dah pegi lama dah.. masa kat uia..
tp klu nk g 2nd time pn boleh jgk..huhu