Showing posts with label we are alumni's-PSSCMUIAM. Show all posts
Showing posts with label we are alumni's-PSSCMUIAM. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

::Faktor usia, saya semakin tua!::





Hi olls,
Nampak kan betapa nak jadik blogger sepenuh masa tak berapa nak menjadi. Setelah nak dekat dua bulan baru kau update. isk isk isk.
Sibuk la semenjak nak meninggalkan ofis ni. Macam- macam nak kena buat dan sangatlah pening.
Sayang nak blah dari sini, tapi apa boleh buat, saya tak mampu lagi. +__+

Yes, umur dah makin meningkat ni. Nak dekat 30-an dah pun. Rasa macam tua sangat padahal masih baca majalah remaja.
Fefeeling mak-mak jugak bila beli Wanita. Kadang-kadang tu kena tau la jugak sesuatu yang bermanfaat, ye dok?

Beza sangat dulu dan sekarang: (masa muda-mudi dan sekarang masih lagi muda cuma bakal jadik wanita. hiks)

Dulu: Training silat, buat chop kick, lepak-lepak ngan kawan-kawan : boleh lagi. steady! tak penat pon padahal esoknya ade kelas kol 8.30. Muda sangat u olls.

sekarang: habis je keje, makan tak peduli, asyik mau tidur je. Program ke jalan-jalan ke memang tanak ikot. hoih!

pernah lepak kat kelantan pagi-pagi buta? duit tak ade? esok ade kelas. kau pernah?!

Bila fikir balik dulu dan sekarang jauh bezanya, even kawan sebaya pon cakap. Adakah faktor usia kita jadik sebegini.
Memang nak life macam dulu-dulu masa belajar, tapi takkan nak duduk kat situ je.
Bak kata orang ada pasang surut kehidupan.
Kalau boleh putar masa?? Nak je kembali ke zaman semasa kakak saya masih ada.
Ya allah! rindunya

Semoga beliau tenang di sana. Dan semoga saya diberi ketabahan untuk menempuh hari mendatang. InsyaAllah.




Friday, July 18, 2014

Penyejuk hati, penenang jiwa:

 
 
Hi,
 
Bila u olls sedih, stress apa u olls buat? Tepon mak? Nangis kuat-kuat? Makan berlebihan?hehe
Just nak share, saya suka dengar you tube. ahaaa!
Dengar apa? Ni dengar ni...
 
 
 
Qasidah Muhammadiyyah. Seghonok sangat. Belajar ni pon dengan budak-budak uia.
Start nak hafal tapi belum lepas lagi.
Suka sangat sebab bait-bait dia dan melodi dia tu. Kalau kelas UIA pon akan start dengan qasidah ni dulu diiringi dengan melodi yang indah.

Alhamdulillah, kalau kat office stress ke ape, on you tube trus dengar.
Syukur diberi peluang Ya Allah!
Semoga terus istiqamah. InsyaAllah.
 
Running nose girl,

::Ilmu yang kadang-kadang susah nak dapat::

 
Hi,
Maka semalam berakhirlah Majlis berbuka puasa dan majlis penangguhan kelas PSSCMUIAM.
Alhamdulillah, berakhir dengan baik sekali. Saya berjaya mengikutinya sampai habis.
Selain berbuka puasa, ada ceramah dari Ustaz Rusli. Beliau ahli jugak dan belajar di Jordan *kalau tak silap dan membuka sebuah madrasah dekat kedah

Saya pergi memang sebab utama selain berbuka nak dengar ceramah dari beliau. Susah nak faham tapi bila sekali dah faham dan dengar betul-betul, Insya Allah seghonok dan dapat ilmu.
Itulah yang saya dapat hari Rabu hari tu.

Saya dapat tahu sesuatu berkaitan aurat wanita ketika bekerja. Ya, saya rasa lain macam sangat. Betapa jahilnya saya tak tahu benda-benda yang macam tu.
Bila ustaz start cerita berkaitan Ilmu tauhid dan 7 lapis tu saya rasa lost sangat. Dan AlhamduLillah, saya jumpa jawapan yang selama ni saya cari

Saya akui saya memang tak rajin nak p majlis ilmu, tapi sekarang ni saya sedar, ilmu tu kita kena cari, kena gali baru ada.
Bukannya tunggu dia datang golek-golek macam tu saja. Satu lagi ilmu ni bukan semua ilmu uang kadang-kadang kita nak jawapan, ilham tu terus datang.
Tak...Kena tunggu lama dan duduk lama, baru kita jumpa.

Itu saja nak cakap. Saya dah jumpa jawapan dan terima kasih ustaz sebab datang.
Jom layan gambor sepanjang prgram.







 
Al fatihah dan Takziah untuk anak kapal dan penumpang MH17.

Monday, July 14, 2014

::Berbuka puasa di Bayu Malam seafood. # alergik!::

 
 
Hi,
Sabtu hari tu ada majlis berbuka puasa untuk alumni silat UIA. Dekat mana?
 
Image dari google
Wak Lan, restoran Bayu Malam seafood. Kemain kau mencabar nak sampai sana.
Landmark dia opkos Gold Coast Morib.hehe. Nampak la Gold Coast tu dari jauh
Kami sampai sana lebih kurang pukul 7 malam. Dh tempah awal dah 40 orang tapi yang pergi hanyalah 26 orang camtu
 
Saya ditugaskan untuk memilih seafood untuk dimasak. Ikot tekak saya mau saja saya pilih encik crab, tapi tak semua makan ketam kan.
Dan pilihan saya adalah...Oh by the way, gambar tade semua amik dari google.
Lapor hehe.
 
 
Sotong amik 3 kilo. Akk kedai yang suggestkan untuk 26 orang. Gemor plak bebudak ni makan sotong goreng tepung. Saya? Mintak maaf la dengan sotong. Kureng sikit.

 
Pari bakaq. Amik 8 keping pari. Rasa dia boleh la. Saya tak reti sangat makan ikan pari.


Siakap masam manis amik 5 ekor. Yang ni boleh la,. Saya amik sikit saja. hehe. Diet malam-malam

 
Pepahat masak cincai. Order lain dapat mende lain. Kami order masak pedas tapi masak cili api hijau dia bagi. tssskkk. boleh la diterima, cuma kurang sikit la

Tomyam campur order jugak tapi kurang menyengat. Kami pilih sini sebab dulu dah pernah datang dan memang superb la makanan dia.
Kali ni agak kurang tapi alhamdulillah licin baq hang.
Kami order sayur kailan tapi sampai last tak sampai, so terus cancel

Harga? sebenarnya risau jugak kalau-kalau kena tambah duit. Sebab kami kutip sorang RM30 dan makan pun agak melampau-lampau.
Tapi berkat bulan puasa kot, siap ada lebih lagi kau duit tu.hehe. Semua RM600++
Apa yang best adalah dia open air restaurant la, tempat pon selesa. Cuma kalau nak datang kena tempah tak boleh nak datang adhoc, for sure kena balik umah masak nasik goreng
Penuh weh!
 
Kalau berminat, boleh la singgah. Cuma kena bersabar dengan jammed. Tu je.hehe. 
Dan yang best tu malam tu saya alergik satu badan, habis bengkak. Mereka ni ajak lepak pergi makan durian tapi maafla, tak tahan sangat dah. Balik tu mandi terus kroh kroh tido.hehe
wassalam.