Tuesday, May 27, 2014

Blog Yna diriview oleh Jejaka Hangat! Oh Em Gee!!



Pagi-pagi tadi godek belog. Pastu saje la tengok belog DJH sebab entry dia nak review 5 blog ohsem katanya. Tak mengharap pon encik jejaka hangat review belog saya. haha
Then saya pon klik la kat sini.
Tup tup. eh eh eh..



Blog saya diriview beliau. hehe. Teruja sampai nak lompat tinnggi-tinggi. tsskkk.
Tak sangka jugak Encik Jejaka Hangat aka Angah akan review blog saya ni. Tu bajet-bajet popular la siap fill dengan warna kuning.kikikiki.

Angah pon ade bagi komen kat situ. Terima kasih sebab suka header saya. Ini pon kak shida yang design belog saya ni. Terimas kasih kak shida atas header cantik menarik tertarik nii.
Untuk angah plak, saya akan cuba untuk mengemaskinikan saya punya entry.
Thanks a lot sebab sudi review dan bagi komen yang membina.
Terus semangat nak blogwalking blog lain dan maybe boleh review jugak.hehe
 
Ok, nak makan megi jap.
bye semua!

Yang makan megi,

Monday, May 26, 2014

Status Haram coklat Cadburry, Kisses dan LA coffee

 
 
Leni sibuk dengan isu status cekelat cadburry. Perasa tu plop perasa kegemaran saya.  Haa elok sangat letew. Seteleh sekian lama baru nak kuar isu halal haram ni
Pastu semalam dan-dan plak macam-macam jenis cekelat yang disahkan haram, dan kebanyakan cekelat yang memang femes dijual di Langkawi, syurga beli belah cekelat.
Hoih dan satu sumber jugak, cekelat kisses tu ade yang disalah fill dengan arak.
Oh em geee! (buat muka terkejut!)


Katanya kisses nugget je, tapi bila dah semua haram tu, takkan la yang lain halal kot. #aptb
hoihhh! Pasni kalau pegi langkawi, masing-masing shopping pinggan, kain batik dengan minyak gamat.
No cekelat at all.haha

Pastu tadi godek-godek facebook, tup tup nampak plak satu status. Status haram jugak, ade **** tu.
Pastu garu-garu kepala. Oh nooo! Why now, why!!!!
 
 

AWAS SEMUA… KOPIKO LA coffee & KOPIKO 3-in-1 ada gelatin dar1 lemak BABI.. Kod E472e. Dah check dgn JAKIM mmg sah. Tlg share utk kebaikan semua… - See more at: http://shakiddo.com/penjelasan-isu-kod-e472e-produk-kopiko-3-in-1-la-coffee/#sthash.NbhzIh8y.dpuf
AWAS SEMUA… KOPIKO LA coffee & KOPIKO 3-in-1 ada gelatin dar1 lemak BABI.. Kod E472e. Dah check dgn JAKIM mmg sah. Tlg share utk kebaikan semua… - See more at: http://shakiddo.com/penjelasan-isu-kod-e472e-produk-kopiko-3-in-1-la-coffee/#sthash.NbhzIh8y.dpuf
AWAS SEMUA… KOPIKO LA coffee & KOPIKO 3-in-1 ada gelatin dar1 lemak BABI.. Kod E472e. Dah check dgn JAKIM mmg sah. Tlg share utk kebaikan semua… - See more at: http://shakiddo.com/penjelasan-isu-kod-e472e-produk-kopiko-3-in-1-la-coffee/#sthash.NbhzIh8y.dpuf
Gambor tak clear tapi boleh je nampak kan. Haaa kopiko LA coffee lak. Hoihhh!
Cek blog ni dan blog ni untuk baca. Ramai jugak yang complaint kenapa tak confirm dulu.
Main jual je. Ya ampun! Tak tahu laa. Semoga kita semua diberkati olehNya! Aminn

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)).
رواه البخاري ومسلم.


Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim



Yang stress lagi stress,


Wednesday, May 21, 2014

::Kalau masa buleh putar, saya nak jumpa dengan beliau::

 
 Ahad aritu saya pegi Kejohanan Seni Mempertahankan Diri dekat Kampung Pandan. Saje je pergi tengok sebagai penonton. Semangat giler pegi awal sebab nak tengok PSSCM punya part. 
UIA hantar dua pasukan untuk UIA PJ dan UIA GOMBAK. Banyak silat dan martial art lain yang join.
Bermula pukul 11 camtu dan habis pukul 6 gitu.
UIA takde rezeki nak menang. Takpelah.. lain kali cuba lagi. Budak-budak ni pon masih baru. Tengok muka dyorg cam ilek je. So takdelah terasa sangat kot, I guess. haha
 
Cumanya memang semangat berkobar-kobar bila tengok dyeorang bertanding. Tringat lak time saya muda remaja.
Skrg ni muda jugak cuma usia meningkat.kikikiki.
Yes, betapa rindunya nak berdemo dan training demo silat.hoih!
Paling best bila kepenatan dan kesakitan tu membawa kemenangan. Lebih beerti dan memberi makna. sobs..
 

Sumpah! Time ni paling dirindui. Wajadiri kedua di BMI. Kenangan ni sampai bila-bila kene ingat. Bukan sebab kemenangan je tapi sebab lain.
Sebab seorang kakak yang dah pergi meninggalkan saya dan kawan-kawan. Sampai sekarang kalau saya rindu, saya akan tengok gambar ni
Even saya letak kat desktop tau! tsskk. sedih.
Rasa kalau masa dapat diputarkan kembali, saya nak kembali bersama beliau masa ni. Masa ni je. 
Kalau rindu jugak saya sedekahkan alfatihah kat dia. 
Semoga beliau aman di sana. Walau apa pon, semangat dia akan saya ambil dan nasihat dia akan saya pegang. Tak boleh lupa.

Alfatihah. Amik tisu sambil lap ayaq mata. tsskkk, sedih!
 

Yang tengah mengenang nasib,