Wednesday, May 21, 2014

::Kalau masa buleh putar, saya nak jumpa dengan beliau::

 
 Ahad aritu saya pegi Kejohanan Seni Mempertahankan Diri dekat Kampung Pandan. Saje je pergi tengok sebagai penonton. Semangat giler pegi awal sebab nak tengok PSSCM punya part. 
UIA hantar dua pasukan untuk UIA PJ dan UIA GOMBAK. Banyak silat dan martial art lain yang join.
Bermula pukul 11 camtu dan habis pukul 6 gitu.
UIA takde rezeki nak menang. Takpelah.. lain kali cuba lagi. Budak-budak ni pon masih baru. Tengok muka dyorg cam ilek je. So takdelah terasa sangat kot, I guess. haha
 
Cumanya memang semangat berkobar-kobar bila tengok dyeorang bertanding. Tringat lak time saya muda remaja.
Skrg ni muda jugak cuma usia meningkat.kikikiki.
Yes, betapa rindunya nak berdemo dan training demo silat.hoih!
Paling best bila kepenatan dan kesakitan tu membawa kemenangan. Lebih beerti dan memberi makna. sobs..
 

Sumpah! Time ni paling dirindui. Wajadiri kedua di BMI. Kenangan ni sampai bila-bila kene ingat. Bukan sebab kemenangan je tapi sebab lain.
Sebab seorang kakak yang dah pergi meninggalkan saya dan kawan-kawan. Sampai sekarang kalau saya rindu, saya akan tengok gambar ni
Even saya letak kat desktop tau! tsskk. sedih.
Rasa kalau masa dapat diputarkan kembali, saya nak kembali bersama beliau masa ni. Masa ni je. 
Kalau rindu jugak saya sedekahkan alfatihah kat dia. 
Semoga beliau aman di sana. Walau apa pon, semangat dia akan saya ambil dan nasihat dia akan saya pegang. Tak boleh lupa.

Alfatihah. Amik tisu sambil lap ayaq mata. tsskkk, sedih!
 

Yang tengah mengenang nasib,

2 comments:

azrinna nur said...

Setiap yang hidup pasti mati dan setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Itu janjiNya.

Bahrain Ramlan said...

semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
http://www.adarain.com/2014/05/panda-sudah-sampai-malaysia/