Showing posts with label CikYna at Sakit Penyakit. Show all posts
Showing posts with label CikYna at Sakit Penyakit. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

::Faktor usia, saya semakin tua!::





Hi olls,
Nampak kan betapa nak jadik blogger sepenuh masa tak berapa nak menjadi. Setelah nak dekat dua bulan baru kau update. isk isk isk.
Sibuk la semenjak nak meninggalkan ofis ni. Macam- macam nak kena buat dan sangatlah pening.
Sayang nak blah dari sini, tapi apa boleh buat, saya tak mampu lagi. +__+

Yes, umur dah makin meningkat ni. Nak dekat 30-an dah pun. Rasa macam tua sangat padahal masih baca majalah remaja.
Fefeeling mak-mak jugak bila beli Wanita. Kadang-kadang tu kena tau la jugak sesuatu yang bermanfaat, ye dok?

Beza sangat dulu dan sekarang: (masa muda-mudi dan sekarang masih lagi muda cuma bakal jadik wanita. hiks)

Dulu: Training silat, buat chop kick, lepak-lepak ngan kawan-kawan : boleh lagi. steady! tak penat pon padahal esoknya ade kelas kol 8.30. Muda sangat u olls.

sekarang: habis je keje, makan tak peduli, asyik mau tidur je. Program ke jalan-jalan ke memang tanak ikot. hoih!

pernah lepak kat kelantan pagi-pagi buta? duit tak ade? esok ade kelas. kau pernah?!

Bila fikir balik dulu dan sekarang jauh bezanya, even kawan sebaya pon cakap. Adakah faktor usia kita jadik sebegini.
Memang nak life macam dulu-dulu masa belajar, tapi takkan nak duduk kat situ je.
Bak kata orang ada pasang surut kehidupan.
Kalau boleh putar masa?? Nak je kembali ke zaman semasa kakak saya masih ada.
Ya allah! rindunya

Semoga beliau tenang di sana. Dan semoga saya diberi ketabahan untuk menempuh hari mendatang. InsyaAllah.




Wednesday, August 13, 2014

Batuk berpanjangan sampai takleh tidur

 
 
Hi,
 
Dah seminggu batuk dan belum sembuh. Cumanya sehari dua ni makin teruk. Nak kata minum ais, tak jugak. Minum la tapi tak banyak sangat.hehe
Semalam adalah hari paling teruk. Batuk sampai tak boleh tidur dan sakit dada. Hoih! Bergema bilik bila sekali batuk
Stress pon ada sebab mengantuk tapi tak boleh tidur. Teguk air 2ml sampai habis pastu tekup muka dengan bantal. Nasib baik masih hidup. tsskk..

Tadi naik train pon sama. Abang sebelah saya pandang-pandang je bila batuk. Macam saya ada penyakit berbahaya.
nak saja saya cakap ye bang, saya nak semua orang dalam train ni ambil batuk saya sorang sikit.
Haha, emosi tak habis..Sampai sekarang di opis pon masih batuk tahap dewa dewi
Pastu dah tanya dak google mintak petua.
Dan petua paling mudah adalah minum kicap dan jugak limau nipis selain limau dan madu.

Balik satgi nak cuba lah. madu ada saja kat bilik. Saya beli madu kelulut ori punya. Mahal tapi berbaloi
Oh yang bestnya, saya jumpa petua ni dari abg Ben Ashaari. Balik ni saya try dan kita tengok bagaimana hasilnya ya.
Bye bye!


Thursday, July 10, 2014

berhati-hati membeli makanan di bazar#

 
 
Hi,
 
kalau pergi bazar mesti terliur tengok makanan-makanan enak kan? Semua nak dibeli walaupun duit hanya ada 5 ringgit.
Saya macam tu lah kadang-kadang, nampak somtam nak beli, bubur lambuk nak, ikan bakar nak..semua nak telan. Balik bilik bukak pose, kenyang, terbongkang tido tak hengat donia!
Masak di rumah lebih baik dan terjamin kebersihan tapi bilik saya takde kelengkapan memasak.hehe. alasan iteww.
 
Semalam saya pergi bazar dekat dengan rumah. Ulang alik 2,3 kali sebab tak tau nak beli apa. Cadangnya nak cari bubur lambuk, tapi takde. Sadis gila sebab sebelum tu saya memang nampak ade jual.
Dulu masa belajar kat UIA, selalu pergi ambil bubur lambuk free kat masjid. Sedap!hehe
Jalan punya jalan, last-last saya beli nasik separuh, ayam masak lemak dengan sedikit paru. Siap!
On the way nak balik nampak plak laksa, beli la laksa dengan harapan ianya sedap.
 
 
Malamnya pas isyak tu terus la makan, ohmyy! masin tapi takpela dimaafkan. Bulan puasa kan.tak boleh rasa.tsskk
Tau tak lepas makan apa yang berlaku.?? Sakit perut weh sampai la tadi sampai je LRT Pasar Seni trus cari toilet.
Hazabedahh angat tau! Nasib baik la lam train tu perut ni diam je, siap boleh tido berdengkur lagi kau.
kalau sakit perut lam train tu tak tau la macam mana la nak gambarkan.hoih! Mintak jauhkan laaa.
Tak tau nak nak cakap ape, rasanya makan laksa tu kot. Tercemar ke ape saya tak tau sebab saya nampak laksa tu bertutup
Pernah dulu jadi macam ni jugak makan laksa beli kat lrt.

Risau sangat. Jadi berhati-hatilah membeli makanan di bazar tu. Banyak kes kematian yang kita dengar kan?
 
 
Banyak benda berlaku kan? haihh! Sila klik sini kalau nak tau pasal diarrhea. Semoga kita semua memperoleh kesihatan yang baik di bulan puasa ni ye.
Saya mengantuk ni, tak tau nak buat apa dah.hehe.