Showing posts with label secebis kenangan. Show all posts
Showing posts with label secebis kenangan. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

::Faktor usia, saya semakin tua!::





Hi olls,
Nampak kan betapa nak jadik blogger sepenuh masa tak berapa nak menjadi. Setelah nak dekat dua bulan baru kau update. isk isk isk.
Sibuk la semenjak nak meninggalkan ofis ni. Macam- macam nak kena buat dan sangatlah pening.
Sayang nak blah dari sini, tapi apa boleh buat, saya tak mampu lagi. +__+

Yes, umur dah makin meningkat ni. Nak dekat 30-an dah pun. Rasa macam tua sangat padahal masih baca majalah remaja.
Fefeeling mak-mak jugak bila beli Wanita. Kadang-kadang tu kena tau la jugak sesuatu yang bermanfaat, ye dok?

Beza sangat dulu dan sekarang: (masa muda-mudi dan sekarang masih lagi muda cuma bakal jadik wanita. hiks)

Dulu: Training silat, buat chop kick, lepak-lepak ngan kawan-kawan : boleh lagi. steady! tak penat pon padahal esoknya ade kelas kol 8.30. Muda sangat u olls.

sekarang: habis je keje, makan tak peduli, asyik mau tidur je. Program ke jalan-jalan ke memang tanak ikot. hoih!

pernah lepak kat kelantan pagi-pagi buta? duit tak ade? esok ade kelas. kau pernah?!

Bila fikir balik dulu dan sekarang jauh bezanya, even kawan sebaya pon cakap. Adakah faktor usia kita jadik sebegini.
Memang nak life macam dulu-dulu masa belajar, tapi takkan nak duduk kat situ je.
Bak kata orang ada pasang surut kehidupan.
Kalau boleh putar masa?? Nak je kembali ke zaman semasa kakak saya masih ada.
Ya allah! rindunya

Semoga beliau tenang di sana. Dan semoga saya diberi ketabahan untuk menempuh hari mendatang. InsyaAllah.




Wednesday, May 21, 2014

::Kalau masa buleh putar, saya nak jumpa dengan beliau::

 
 Ahad aritu saya pegi Kejohanan Seni Mempertahankan Diri dekat Kampung Pandan. Saje je pergi tengok sebagai penonton. Semangat giler pegi awal sebab nak tengok PSSCM punya part. 
UIA hantar dua pasukan untuk UIA PJ dan UIA GOMBAK. Banyak silat dan martial art lain yang join.
Bermula pukul 11 camtu dan habis pukul 6 gitu.
UIA takde rezeki nak menang. Takpelah.. lain kali cuba lagi. Budak-budak ni pon masih baru. Tengok muka dyorg cam ilek je. So takdelah terasa sangat kot, I guess. haha
 
Cumanya memang semangat berkobar-kobar bila tengok dyeorang bertanding. Tringat lak time saya muda remaja.
Skrg ni muda jugak cuma usia meningkat.kikikiki.
Yes, betapa rindunya nak berdemo dan training demo silat.hoih!
Paling best bila kepenatan dan kesakitan tu membawa kemenangan. Lebih beerti dan memberi makna. sobs..
 

Sumpah! Time ni paling dirindui. Wajadiri kedua di BMI. Kenangan ni sampai bila-bila kene ingat. Bukan sebab kemenangan je tapi sebab lain.
Sebab seorang kakak yang dah pergi meninggalkan saya dan kawan-kawan. Sampai sekarang kalau saya rindu, saya akan tengok gambar ni
Even saya letak kat desktop tau! tsskk. sedih.
Rasa kalau masa dapat diputarkan kembali, saya nak kembali bersama beliau masa ni. Masa ni je. 
Kalau rindu jugak saya sedekahkan alfatihah kat dia. 
Semoga beliau aman di sana. Walau apa pon, semangat dia akan saya ambil dan nasihat dia akan saya pegang. Tak boleh lupa.

Alfatihah. Amik tisu sambil lap ayaq mata. tsskkk, sedih!
 

Yang tengah mengenang nasib,

Thursday, November 14, 2013

::Tahniah untuk adik-adik UPSR::


Pagi semua. Lama tak godek-godek belog.
Bukak je hari-hari tapi tak penah ade kesempatan nak mengupdate ape-ape
So far harini lemau sikit sebab semalam sakit perut dan muntah. Salah makan agaknyaa..
setat pukul 1 sampai pukul 5 camtu.. badan gigil-gigil lam toilet..aduhhh..
So bila tak cuckup tido mata pon cam panda bergerak..huhu
Yna beli laksa tepi LRT Melati semalam. Kuah dia agak masinnn, tapi telan jelaaa.

OK. Back to the story.
Harini result UPSR kuar kan? Tahniah pada yang berjaya dan yang kurang berjaya tu jangan putus asa
Cuba lagi buat yang terbaik untu exam seterusnya.
Yna dulu masa UPSR tahun 1999, memang sangat mengimpikan untuk masuk sekolah agama. +_+
Sebab minat nak belajar bahasa arab, tapi nasib tak baik sangat, dapat 2A je so disqualified!huhu
Tapi tak putus asa dan cuba lagi sampai masuk UIA,walopon tak rape terer arab tapi ok la sebab buleh belajar giteww.

Yang penting usaha dan minat dan keazaman ok adik-adik.
Takde yang mustahil kalau kita betul-betul ke arah kejayaan tu. Yang penting usaha, tawakal dan doa ibu bapa.Wahhh!!bagi nasehat pulak. hehe
OK,back to work.
Perut tak Ok lagi ni. Dah la ade meeting japgi.aduhh, berbaiklah dengan ku wahai perut.
okebai:)

Wednesday, August 21, 2013

KL-Greenwood-UK-Setiawangsa-Sg Penchala-Damansara-Sg Pusu::



Sg Pusu jam 11.30 malam

Ulu Klang jam 2.00 petang

Greenwood jam 11.00 pagi

Greenwood juga jam 12.30 tengah hari

Maghrib kat Sg Penchala- 7.30 malam

Sg Pusu again-laksa kak su terbaik!

Setiawangsa-5.30 petang:mee kari ohhooo..

Sekitar perjalanan raya pada hari sabtu..walopon demam ku gagahi jua.
Demi satay dan sesuap spageti.muehehehe.
Demi lagu-lagu raya Sesuci Lebaran dan Indahnya beraya di desa.kikikiki
Thanks to semua Alumni PSSCMUIAM dan juga tuan rumah yang sudi menaja makanan yang sedap-sedap untuk kami.
Ni baru part 1 tau. ade satu lagi part.hehe.
Selamat berhari raya semua :)

Monday, August 19, 2013

::Selamat Pengantin Baru awak..::


Kita kenal 8 tahun lalu, macam-macam kisah kita kan awak,
Maklumlah,kanak-kanak muda mudi remaja.
Ade suka dan ade duka,
Saya tak pernah lupa tu awak.
Then saya terus tak dapat hubungi awak, bila saya start masuk U.
Sedihnya..hanya gambar peneman setia.isk2..
Bila saya balik raya, saya dapat tahu awak da nak kawen.uwaa..sedihnya,tapi dalam hati jelah..sobs.
Moga berbahagia, walopon dimana saja awak pergi,awak tetap dalam ingatan.
bffku#



Monday, July 22, 2013

::Meragut di Bulan Puasa??::

 
 
 
Hi...ni adalah entry basi kerana berlaku minggu lepas.
Yes,merujuk kepada tajuk di atas mungkin anda semua tak sangka,tapi itulah kenyataan yang tejadik kepada CikYna.
CikYna kena ragut pada hari kamis lepas,masa balik dari keje.
Masa tu tekejut sangat dan sangat tak sangka.
Lakesahnya, CikYna membonceng di belakang dan bila sampai kat area Giant Batu Caves tu
ada satu motosikal menghampiri dan terus menarik ranta tangan CikYna.
Mulanya CikYna meronta-ronta jugak, tapi at last CikYna biarkan aje.
Nak tendang motosikal dia tapi masa tu kat atas motosikal dan pakai kain,so tersangkut la..huhu.spoil betol!
Kenapa biar???
Dia berjaya mengambil rantai tangan yang CikYna beli dr siam.Rege 50 bath atau 5 hengget.huhu
Merah dan pedih gak la tangan tapi AlhamduLillah tade pape.
Now, dah tak pakai pape dah termasuk jam.uhuk.
Fobia weh fobia.huhu. Beg pom da smbunyi2 da tak galas cam dolu-dolu.huhu.
Moral dia disini,setan memang digari tapi tak semua.muehehehehe.Jangan marah.
Bab rantai tangan tu takpela, bagi dyeorang gadai la,kot-kot buleh buat makan nasik bukak pose
Anda semua pom berhati-hati jugak tau. Nak g bazaar tu takyah la nak beria bawak beg Prada ke, Gucci ke, LV ke.
Bawak je porch beg kecik yang leh muat duit bajet berbukak. Jangan membazir hokey!
slamat berpose:)

Friday, July 19, 2013

::Berbuka dan bersoq semalam::

 
ollaaa..macam da lama je tak update pasal juadah berbuka dan bersahur. dulu kemain lagi semangat ye.
isk-isk.tanak,tanak,tanak. Kena rajin haslina.hehe
Menu sahur sekarang adalah roti dan milo. Pape jenis roti CikYna balun.
Best gak cicah roti dan milo awal-awal pagi. Refreshing gitew.haha.
Dulu time blaja memang diakui la sahur je kena makan nasik,tak makan nasik,tengahari tu mesti muka dah toya,takde semangat.
Now, bila da setat keje ni mula la berjinak-jinak untuk save budget dengan makan roti je.
Bukan malas nak masak tapi itule, takde dapur yang proper. 
So far,bila makan roti ni,alhamduLillah la bertahan. sama je kan kandungn nasik ngan roti.
Gumbira hati bila dapat save budget.
 
Puasa plak semalam pegi bazaar wangsa maju. Panjang gila baq hang bazaar dia.
Lenguh kaki I tau. Tapi tak pegi sampai ujung pom. Cukuplah sekadar menjenguk yang dekat-dekat aje.hehe.
So CikYna grab la kuewteow sup, somtam dengan roti sardin.eheks.
Amacam,juadah? tak gempak kan.haha.
somtam tu la,penah rasa sekali sedap gila tau. Nak balik perlis lambat lagi, so makan la somtam kolumpo.
Makan camtu je tanpa nasik.hoho.Nikmat tak terhingga.House mate tengok pon cam pelik.
 
Harini dan esok (chewah da pikir menu esok..) ada hal sket berbuka di luar.oyeahh.
So stay tune la for next update.hehe.
Eh sempena ramadan ni ada menang GA perfume tau. tak sabor nak tunggu.
thanks to the sponsor.
okebai:)
 

Tuesday, July 16, 2013

::persiapan raya,hamek kau!::

 
burppp...alhamduLillah..kenyang.Eh ni sendawa masa makan sahur tadi.ehek.
Makan murtabak je ngan milo..rejeki itu..syukur Ya Allah.
Eh2 ni nak cite benda lain sebenaunya nih.hehe.
Semalam berbukak dengan nasik goreng paprik,teh ais.Ohmaigod.
Nak nanges dan teharu sesangat dapat minum teh ais. Lamo da eden carik.Jumpa jugak tau.
Nasib baik sodap.Pekat,likat,amazing laaa...
hehe.weh, pose weh..haha
 
smalam mak mesej kata Angah demam.olololo.syiannya beliau.
Jarang adik saya tu demam dan kalau demam agak teruk. Mak risau la tu.Sebab mesej tak pulak reply.
Dia dok belajar kat  Institut pertanian di Penang tu. Setiap minggu mesti balik.haha.
Jarang tau tengok dia nak bergelumang dengan benda-benda pertanian sejak kecil.
Pentingkan kebersihan la kunun.Kesian la jugop bila dengar beliau itu demam.huhu.
Takpela,doakan adik saya sembuh ye.

Puasa baru seminggu,dah setat pikir pasal biskut raya,tudung raya,langsir raya.huhu
Taun ni tema wane biru turquoise kot.CikYna meriah ngan baju raya taun ni.Padahal cuti kejap je.
Kemahin kau tempah baju raya sampai 4 pasang ye. Aritu terbeli,eceh terbeli kau,kain murah kat Jakel.
So alang-alang murah tu,rembat la beberapa pasang untuk dibuat pakai ke kerja.
Lagipon ni tak lama lagi ramai yang nak berkahwin,makanya memang wajar la untuk dibuat baju baru.muehehe.
Biskut lak da siap da tempah 3 jenis yang menjadik peberet  di kala hari. Tempah 2 balang setiap jenis,nak bawak balik kolumpo dan menjadik juadah di pagi raya.oyeah.hewhewhew.
Tu belom campur mak punya tempahan lagi.Ko makan le puas2 hati ye.
Yang wajib setiap tahun bagi kami adalah nasik impit ngan kuah kacang spesel dari mak.
Kalau ade rejeki lebih,ade la juadah lain yang menanti.

Oklah,mata sudah mau tertutup le pulok.help-help.
Ade tips untuk kekal segra tak?ce share.







Monday, July 15, 2013

::Sahur dan puasa di unibersiti#kenangan itew#::

Hari sabtu kan,bukak pose sesorang tau.huhu.sobs.
sedihnya kemain lagi,siap nyanyi lagu raya.dendang perantau.
ape kehai nya tatau la.tade motip tetiba p nyanyi lagu raya.haha.
sunyi kot.hari tu bukak pose ngan ayam merah ngan sayur ketula je.yang dibeli.
Oh sadisnya daku!

So nak dijadikan cite,tetiba menyingkap plak kenangan masa zaman belajar dulu. Tadenye bukak pose atau sahur sesorang. Ade je ektibiti yang diisi.
Bukak pose reramai,sahur reramai. happening sangat.
Berlaku di kalangan my team mate jelah.silat mate.
Hari-hari lain,selalunya CikYna sahur pegi beli kat cafe je.
 
 
Pepagi buta,jalan sorang2 sambil beranikan diri,ecewahh,dan beli la ape yang patot.
Bukak pose takpe,lain cite dah.hehe.
Oh takleh nak cite la.sedih.sobs.haha
ngade plak.

Tapi kan U olls, I olls nak sangat balik umah tau.
Yang tiket raya ni tak kuar-kuar lagi.taun bila tah.
Marah plak rasanya.haha. Walopon cuti kejap,keje banyak lagi, tapi raya tetap raya..
hade aku kesah!
Biskut raya pom da beli,cekelat chip ngan konplakes.wahh!
Kampung gila eja.haha.
Okelah nak buat keje ni.selamat ye semua.

#ingatlaorangtersayang

Tuesday, July 9, 2013

::SElamat berpose semua::

 
 

eceh,orang lain buat entry selamat berpose,saya jugak tidak ketinggalan.muehehe
Ni kali keberapa tah berpose jauh dari family.cam kat obersea rasanya.
Tadi baru je dapat reply email cuti dari my second bos,hazabnye la tengok cuti haku nih.cuti banyak kemain,tapitak diapprove,padahal melayu islam 5 ketul je pon kat opis ni ha.*maroh ni maroh*
Time cuti raya cina ritu,berpusu2 mereka cuti dengan amat seghonok dan havoc.aish..sabor2 lina,sabor

Okla cite bab pose ni mesti ada makanan kegemaran kan.hewhewhew.
time pose je,makanan biasa jadik luar biasa kau!semua nampak sedap di mata itew.
aishhh..kalo balik umah,makanan wajib adalah nasik ulam makan ngan keladi.
omaigod!gumbiranya ati kalau impian jadik kenyataan.
Mano nak carik makanan begitu kat kolumpo nih.jangan harap harapan la weh.
 
Japgi nak p giant beli sardin wat sahur,beli tomato ngan suhun.Plan nak buat sambal sardin sahur ni.
Goreng telur,makan nasik panas2.oho...sedapnya!hehe
Jauh ngan family kenala buat sendiri.hehe.
Dengan ini, CikYna nak ucapkan selamat berpose pada semua ye.
Semoga Ramadan kali ni lebih bermakna buat kita.amin:)

Monday, July 8, 2013

::posa pon belom,da oder biskut raya.::

 
 
sari lagi nak posa,ni masih bergigihan di opis ketika jam menunjukkan waktu 6.30 petang.
eceh,bajet bos bagi gaji lebih le kau,tadenye tade,tengah buat reporting nih,so still available di opis ini.haish.
ehek,nak cite sal bulan posa,tadi dok belek fesbuk,sempat lagi kau ye.muehehehe
oder la biskut raya 3jenis.wah gitew.murah tau,sebalang rm18. dari kawan cikyna.
oder plak sejenis 2 balang,. ha hamek kau.kemain lagi beliau nak beraya.
hoi la.
sonok tau mengoder ni,belek2,rasa blom lagi la,hope sedap.
lama gak tak join GA sebab terlalu busy. Pastu ada sindrom tak boleh tidur plak waktu malam.
taktau la kenapa.maslahah betol la.
Oh tadi dapat rantai silver omei tau,teruja gila baq hang. 
Terus pakai ala-ala rantai habib jewel.muehehe.
 So mari sambung bekerja.oyeah.
bekerja keras itu amalan mulai u olls.
okebai.






Tuesday, June 18, 2013

::memorable weekend oyeah!::


Olla people.as usual entry basi di hari selasa. Semalam a little bit busy la,so takleh nak hapdet pape,nak join pape GA. huhu.sobs.
Arini boleh la senang sikit,ringankan jari menaip.weeeuuuu.
Just nak ceta sikit pasal weekend CikYna yang lopeh. Ala yang pasal konvo CikYna cite tu.
Yang NI, *klik untuk tau lebih lanjut*
makanya weekedn lepas adalah konvo silat cekak di Dewan Datuk Haji Maideen ni nesmilan.yeay
sangat meriah dengan kehadiran ramai ahli PSSCM diseluruh negara
CikYna amik part dalam jualan bersama biro wanita silat cekak.best gila baq hang,riuh rendah sangat
hehe.
pagi ade konvo,petang ade MAP, malam plak dinner dan sambutan israk mikraj.
having fun sangat sebab petang masa MAP tu we olls kuar carik cendol sebab terlalu paneh kat nesmilan ni
then jumpa.hehe. Cendol Zareen.

 Cendol Zareen
 ade cendol dan ABC. tapi yang pink tu paling sedap.hehe

Banyak aktiviti sebenarnya masa konvo tuh,sempat la jumpa incik tunang kejap.
Then rushing2 sampai la carik masjid dan terlelap lam masjid tu
Penat tapi sangat berbaloi.hehe.meh layan picca






smile:)
 yang menulih,



Monday, June 3, 2013

::PLKN series part 1::

 
Eceh,kemain lagi nak ber part-pat plak. Bajet ramai followers betol la kau ni.haha
Tade la sebenarnya nak sambung je cite sal PLKN yang CikYna post minggu lepas.
Ingat lagi ke tak? Ce klik SAYANG APA KHABAR DENGANMU ENTRY ni.hehe.
Tekujat ana tau bila tengok ramai giler yang komen.OMG! tak penah ramai sebegini yang sudi mengomen entry CikYna. Rase cam pemes sebentar. Buweekkk!muntah*
Oh tapi kan CikYna tade banyak gambo laa...gambo entry lepas tu la gambo yang ade,yang lain semua lam album.
Dolu-dolu kan mana nak mampu beli kamera digital,sape yang ade kamera digital tu kiranya loaded gila baq hang!
So pas cuci gamba,trus letak lam album comey2 wat koleksi. Nanti CiKYna balik uamh, CikYna tunjuk album ngan koleksi gambo tu ye.
 
Meh kita mula:
CikYna merupakan pelatih PLKN siri 2 kumpulan 1. Kiranya second freshie la.
Pas SPM,dok umah kejap,pastu g PLKN. Teruja nak g PLKN Tuh!Ya ampon! Tak dapat nak digambarkan ngan kata-kata. Seghonok gila!
Walopon CiKYna ni bukannya extreme sangat,tapi sangat suka laa...especially kawad,hewhew
Jarak ke Kem Tasoh dengan umah CikYna hanyalaaa...30 menet.
 
Pintu gerbang da cantek
 Setiap minggu mesti mak datang bawak makanan.haha. jeles gila yang lain bila mak datang setiap minggu. Maklumla,dapat makan makanan lain selain makanan kem yang kurang sedap tuh.
Eh nak tau tak rasia CikYna berisi time PLKN tu?
Rahsianya adalaahhh...rutin makanan kami adalah 6x sehari iaitu sarapan,minum pagi,makan tengahari,minum petang,makan malam dan makan tengah malam.
Nak habaq mai kat U olls,makan tengah malam itu,adalah sangaaaattt laaa heavy!
Makan burger,sosej,makanan berat-berat la selain biskut.isk.Taim itu adalah time tido,tapi bagi plak burger,hamek kau!
Memang mendadak-dadak la badan,makan beger pastu terbongkang tido.hok aloh!

Itu bab makan,bila bab latihan plak, CikYna paling suka time kawad.Oh lupa,CikYna dalam team BRAVO tau.Bendera kami wana peberet I olls,BIRU!
Kembali pada latihan tadi,time kawad memang time di mana nampak kesungguhan antara semua. Even yang taktau kawad pon tetiba eksaited bila berkawad.
Paling CikYna tak suka adalah aktiviti rentas halangan. Takot la weh.hehe.
Nak panjat tembok tinggi-tinggi,omaigod!
Luruh jantung tau,Dah la time flying fox, CikYna orang last buat sebab takut tinggi. wooopsss!Bocor rasia.hehe

Rasanya itu dulu untuk part 1,banyak gi nak cite sebenarnya tapi masa rehat nak habeh dah.phew!
Lagi best ceta kalau ade gambo sekali. Nantilah CikYna g scan semua gambo tu ye.
Eh,I sempat berchenta tau masa tu. Gatai nak mampos!haha,no just joking.Ala chenta ngada-ngada,habis kem terus la tade pape.kuang-kuang-kuang.
Moh layan lagu khidmat negara jap. Rindu la plop.
 
hengat lagi tau lagu ni.rindu.sobs.
 
So buat yang terpilih tu,kalau tak minat ke apa,pegi dulu. Kompem nanti bila da habeh mesti tanak balik,nanges sampai banjir.percayalah..hehe.
Ada pro dan kontra nya,tak caya pegi dulu,tak terpilih? Takpe. Banyak lagi anda buleh join.hehe.
Satu Hasrat,Satu semangat,satu tekad!

smile:)
Yang menulih,

Wednesday, May 29, 2013

::Perlis I-City Osem!::


Ollaaa semua!Ni adalah entry basi hokey!
Kesinambungan dari entry NI. Kiranya ni adalah part 2.hehe. Nak ceta pasal I city di perlis.
CikYna pegi dengan family lepas habis bacaan yassin sempena masuk rumah baru seorang sedara.
I-City ni kat Istana Diraja Arau. Sempena keputeraan DYMM Raja Perlis yang ke -70.
Bukan senang tau nak masuk Istana,bila dah buleh masuk ni ape lagi reramai la serbu.mihmih.
We olls gi dengan berbaju kurung,semua pandang peliks jer.Apahal,tak penah nampak ke jalan2 pakai baju kurung. Ahh lantak kau laa..asal bahagia gitew.
Meh la layan picca. Maaf visual kureng menarik sebab amik ngan hengpong tak berapa canggih.
Kamera tetinggal la.Sebab tak plan pom nak gi,takkan g baca yasin nak bawak kamera bagai. Amat ta seswai kak ton!
Picca:

Pintu masuk.Glitter gila kau.

Belakang tu toksu,makngah,depan mak dan adik.Semangat!



Caption sebelum pulang.

gumbaq tak clear.
tengah tu air terjun.tapi tak brani nak masuk.hewhew
Picca 1
Picca 2
Jelas sket
Nampak tak berapa ramainya rakyat itew.
Amacam,ingat kat selangor je ade I city,We olls pom ade tau.muehehe.
Okebai.
smile:)
Yang menulih,