Monday, December 30, 2013

::Pulang bercuti::


Olaaaa u ollss. Lama dah tak bercerita di belog ini. Maklum lah cuti pulang ke kampung,makanya memang tak berupdate laa..haha
Yna baru je sampai dari kangar pagi tadi lam pukul 5 pagi camtu. Sempat la tido jap, golek-golek jap pastu bangun pegi keje
So far tak pueh lagi balik umah ritu..ase cam kejap je masa berlalu, tup tup dah naik bas balik kolumpo
adoii laaa..
Balik tu dapat la melepas rindu kat family, makan masakan mak dan tok.Cuma tu lah takleh makan laksa sebab tak berapa nak sehat.Asek demam malam, so tak berani la nak makan laksa yang sejuk itew

Ni haa dah balik KL, tatau la bila lak nak balik kampung. Mak sekarang ni meniaga kecik-kecik buat kuih
Okla,mak kata mengisi masa lapang dan tambah duit sikit
Yang tak best bila balik kampung bambam Yna si Azalea dah tade, ikot abah beliau p sabah
Aritu pegi umah dia, tengok anak patung dia jela..rindu lak kat dia..huhu

Nak dekat kol 6 dah nii.Tak sabor nak balik.Ngantok giler padahal baru je minum nescafe.haha
Jumpa di lain entry ye semua:)

Tuesday, December 24, 2013

::Selamat Pengantin Baru Khai dan Ada::


Macam yang u olls tau weekend lepas Yna pegi Jengka untuk wedding sorang alumni PSSCMUIAM.
Khairul dan Ada. Both of them kawan Yna la masa kat uia atau lebih spesifik, kawan silat.hihi.
Kenduri belah pompuan kat Jengka nun dan pengantin lelaki mintak kami konvoi sekali ngan family beliau. Kiranya wakil pihak lelaki la gitew.
Kami menyewa kat satu homestay yang murah lagi cantekkk. Ade 4 bilik dan semuanya pompuan conquer.haha
Laki-laki tido kat luar je. senang!

Pagi tu kami konvoi ke Jengka lebih kurang kol 11 dan sampai lam pukul 12 camtu..
Masa tu memang laparr tahap dewa punya, pegi lak time pick hour memang la ramai dan tade tempat
Dah tu family belah pompuan mintak kami duduk kat kusi tetamu. Wahhh bagai pucuk dicita ulam mendatang la tengah-tengah laporr ni.
Bukak je tray omaiiii!! Lauk dia seyes mengancam jiwaaa u olls.
Dan cam biasa tade gambor ye sebab sibuk makan.haha.


Ni pengantinnya. Baju beliau sangat cantekk cam mermaid giteww.
Khai lak sambut birthday sama ngan Yna. So Yna sempat wish birthday kat dia.hehe

To Khai dan Ada:
SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BERKEKALAN HENDAKNYAA TILL JANNAH..AMINNN:)


Monday, December 23, 2013

Amik cuti sakit berbelog.

 
 
Hi olls.. harap semuanya sehat belaka ye. Yna kurang sehat ni.
Batuk-batuk melanda diri. Minggu lepas adalah minggu MC. 
Blog lak lama terbengkalaii. Kesian kat beliau sebab dipinggirkan. 
Yna baru balik dari kenduri nii. Kat Jengka. hoihh. Demam pon kau boleh jalan-jalan.
Dah tu sepanjang jalan asek tido. Tak membantu langsung.

Ritu dyeorang singgah lagi makan patin tempoyak. Yna rasa kuah je sikit. Kurang sedap tak macam yang dolu-dolu punya.
Katanya baru pas banjir tempat tu. Hajat nak makan benda lain tapi tak tercapai. Takpelahhh..
Yang penting sangat enjoy hari tu walopon kurang sehat. 

Oh Yna nii demam panas sebenarnya masa g cek kat doktor. Beliau kata kurang air.hekk..
bergelen air minum kat opis tu masih kurang air lagi...then dia kata low blood pressure
So kena la makan iodin yang boleh menambahkan tekanan darah. Seafooddd..kangkungg..seb bek semua tu peberet I..hihi.
Ni pom rasa cam tak sehat semula.. tatau kenapa..adoiiilaaaa.

#hariniharilahirsaya#


Monday, December 16, 2013

Preview The Hobbit



Sape dah p tengok, ce angkat tangan...!
Best ke idok??Saya cakap ini sangat la besttt walopon ade sambungan.
Dengan tiket yg agak mahal, ok la berbaloi la dengan jalan cerita yang sangat adventurous.
Bak kata orang, kalau tengok Hobbit 1 mesti nak tengok Hobbit 2 dan mesti faham dengan perjalanan si Hobbit atau Bilbo Baggins (Martin Freeman).
 
Ape yang Yna paham sinopsis cite ni  bila Bilbo dan Gandalf bersama orang kerdil yang lain dalam perjalanan ke gunung sunyi (lonely mountain) *translate tu takleh belah..haha* untuk mencari Arkenstone.
Dalam perjalanan tu mereka ni diganggu oleh puak elf and Orc gitew laa. Puak elf tu memang hensem tapi yang Orc tu memang tak boleh blah tak hensem.haha
Kemudiannya bila sampai ke gunung tersebut, si Bilbo ni kena dapatkan Arkenstone tu yang ade di baawah jagaan Smaug seekor naga yang besau dan ganass giler.
Hinggalahhh smaug tu marah dan kembali untuk mengganas di perkampungan sekitar gunung sunyi tuh
last-lasttt.......
TAMAT .maksudnya ade sambungan la..haha. Nak tahu Bilbo berjaya ke tak menawan si naga tu kena tunggu la sekuel seterusnya yang tatau bilaaa.haha

Yna tengok sambil kesejukan lam panggung dan kemengantukan.haha
So far best sangat citer ni dan superb.Sape yang lom tengok jom jengah ke panggung.
Sekian :)

Tuesday, December 10, 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih


As-Salam


Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour


...someone spesel...

Hoiii laa ngantok...astagaaa..salam tak bagi hape tak bagi terus menguap tak sedar diri.
Seriously ngantok sekarang ni. Mata terkebil-kebil pandang PC.
hihi..oh sebenarnya tak sabo nak tunggu sabtu nii. nak jumpa someone yang dah lama tak jumpa..
sape??? my bff kat uia.
Yna ni tak ramai coursemate kat Uia, ramai geng silat jew.huhu. Tapi ngan beliau nii ngam sket,mebi sebab sama2 utara kot.
Actually Yna ade event kat Sri Kembangan, then dia mesej ajak teman dia sopink barang kawenn..hoi laaa. kenapa saya??
Yna gtau dia sal event tu dan dia nak temankan Yna. Yna g sane pom nak begambo je ngan blogger.haha
Tapi tengok la acaneee.Yela penat bersoping tu, hentah2 sri kembangan ke mana, begambor ke mana.
Bila pening, migrain dah datang, memang idok le ke tempat ramai manusia cenggitu.

Eksaited gak nak jumpa minah ni sebab dia lain dari yang lain..ahaaa..
Nak pou duit dia mintak lanje Nandos..kikkiki.
So nak tau sape dia,tungguuuuu!!!
Event tu lau Yna g Yna update laaa.Ade Nisa Kay wehh..
kLik sini untuk join event blogger most wanted tuuhh
babai:)

Friday, December 6, 2013

::Blogger most wanted yaaww!::


olaaaa peeps,
tadi godek-godek belog then nampak post dari Nisa Kay pasal perhimpunan blogrrr

poster ENG

Event akan berlangsung next week pada 14hb dan rasa cam nak join dan cam free je time tuh.
tempat agak jauh kat sri kembangan tapi buleh naik KTM g sana..aishhh...nak seribu daya tanak seribu dalih giteww.haha
Macam-macam aktiviti ade kat sana,contohnya seminar untuk blogger baru macam saya, ade gerai-gerai jualan untuk cuci mata dan beli belah serta dapat jumpa blogger terkenal cam Nisa Kay tuh.

Ohh katanya ade hadiah istimewa untuk 200 pengunjung bertuahh!Nak dapat adiah, kol nam tu tunggu kat depan pintu. Mesti tersenyum gumbiraa bila dapat adiah free.miahaha
Jom ramai-ramai join. But kena daftar dulu u olls.
Nak daftar klik laju-laju kat  http://www.blogrrr.my/visitors.html
Dan kalau nak tau lebih lanju pasal event nih klik jugak laju-laju kat 

Hope to see you di sana la ye. Dengaq kata ade pelakon Marsha dan Iqram Dinzly.
Moh ramai-ramai ye...
Byebye:)

Tuesday, December 3, 2013

::Tak sambut krismas tapi tetap nak cuti!::


Olaaaa..kemain panjang ye tajukk..haha
Ini topik perbincangan arini ye. Topik paneh Ynaa..muehehe
Cenggini cite nyee, last week my bos kicik tanya berapa hari cuti yang tinggal. Then Yna cakap 7 hari gitu laaa
Dia tekujat dengar dan dia tanya..."haiyooo you tanak cuti ke?".
Yna pandang dia, eh I rasa I dah apply cuti bulan 10 yang lepas. Sebabnya cuti yang boleh bawak ke depan hanyalah 5 hari.
So manyak rugi laaahh kalau tak bercuti. Burn cenggitu je kan.
 
Makanya this week Yna apply lagi sekali, eh tanya la bos kicik tu pasal cuti Yna.
Mula Yna nak cuti 23-24 sempena birthday Yna, tapi tapi tapi
ade lak wedding kawan hari Ahad, makanya tak jadik laa..so tukar cuti kepada 26-27.hehe
Then tanya bos kicik tu dia kata no hal. I lagi suka sebab dalam masa tu you boleh siapkan keje you.
Aikss gitu plak. Takpelah, as long as buleh cutii..miahaha
Dia tak approve lagi tapi Yna consider as approve la.haha. Lama tak tak balik.
Boleh meroyann tau!


Makanyaaa..even tak sambut krismes pom Yna tetap nak bercutii jugak.hehe
Takleh laa asek keje je tanpa rehat yang cukup, leh gila I oollss..hehe
OK. Back to work yaa.Tak sabar nak cutii..
Opis ni haa penuh ngan hiasan krismes, serabut lak tengokkk..
Take care ya!


Monday, December 2, 2013

::Each a cup tade bubble satuu!::


Mocha Ice Blended
 
Yna lebih gemarkan chatime dari Each a cup, tapi sebabnya each a cup lagi dekat dengan opis, makanya beliau la menjadik pilihan hati
Tadi pas lunch tetiba nak minum kopi sebab ngantok yang teramat.
Then oderla ais blended cam gambar di atas. Mocha ice blended
Menguap je kejenya dan bila minum...alamakkk! spoil betul
Manis tahap gaban..hoih laaa.. terus mood dah tak elok.huhu
Then just telan jela air tu.seb baik tade bubble. Sekali sedut dah habis
Yna memang tak suka letak bubble atau jelly sebab as for me rasa cam nyusahkan je bila nak minum
Yelah, tengah sedut air tetiba nak kena kunyah mende kenyal tuuu..haishhh..hehe
So bila oder je mesti cakap awal2 tanak tambah pape dalam air.
 
Oh sekarang ni Each a cup ade promotion. Tambah siggit dapat cup besar. Tadi akak tu dok promote kat Yna tapi tak berapa nak berminat.hehe
Akk opismate Yna oder teh ais siap gelas besar lagi dah tu mengah nak habiskan sebab manis sangat
You olls pon lau minat ngan pearl or Yna panggil bubble tu(lain dari yang lain) bolehla cek kat website each a cup. Minuman dia comey-comey je tengok..rasa geram lak tengok bewarna warni..hehe
Back to work and need more coffeee:)

::Preview Penanggal::



Mengisahkan tentang Murni lakonan Ummi Nazeera yang yang dibela oleh neneknya, Mak Ajeng (Normah Damanhuri) yang berketurunan Jawa selepas kematian orang tuanya akibat dimakan haiwan buas di hutan.

Murni terpaksa menerima waris penanggal dari Mak Ajeng dan hampir dibunuh oleh penduduk kampung yang mengetahui asal usul Murni sebagai Penanggal. Namun beliau diselamatkan oleh Syed Yusof (Azri Iskandar).

Syed Yusof dikatakan hilang di tengah hutan dan pakatan mencari beliau diusahakan dengan dibantu adimnya, Syed Umar (Zul Arifin). Akhirnya mereka menjumpai pondok yang didiami Murni dan apakah kesudahannya?...saspens tak? Itu kena tengok sendiri la u olls..hehe

*********
As for me, cite ini ok je.haha. Sebab tak berapa nak paham. Hantu penanggal dia tadelah seram seseram la trailer.miahahhaa
Tapi yang best tu mekap si Ummi Nazeera yang ade biji kat muka beliau. Serius cam betul.
 
 
So kalau nak tau best ke idok, ramai-ramaila pegi tengok ye. Support filem malaysia gituhhh!
Yna bagi 4.5 bintang untuk filem ni.