Friday, February 21, 2014

::Vitamin E Collagen Plus BAHAYA?::



Haloo! Haih lama bebenor tak ngapdate. Sangat laa sibuk dengan kerja yang tak pernah nak settle
Tambahan pulak opis ni tengah buat struktur baru, so semua nak dikemaskini.haihh..penat-penat
Eh ni bukan nak cakap pasal keje, tapi nak inform u olls je. Tak pasti la ramai ke yang tau pasal ni atau tak
Yang penting saya adalah salah seorang pengguna produk
Produk apakah?? Vitamin E Collagen Plus!
 

Tadi godek belog, pastu nampak post dari blogger nabilabiela pasal produk ni. Nabila pon pakai gak produk ni dulu-dulu hinggalah dia nampak kesannya
Nabila cakap muka dia gatal dan merah-merah. Haa betul la tu

Dulu masa saya guna produk ni eksaited giler sbb awal penggunaan tu cam kulit nampak cerah giteww. Lembut cam baby cuma masa mula-mula pakai tu kulit mengelupas dan sangat teruk
Stress jugak tapi nak cantik punya pasal kan, tahan la kejap. Kulit cam merah-merah dan mengelupas sampai malu nak naik LRT pergi kerja

Kemudian tu bila dah ok, kwan-kwan start tanya apa saya pakai. Benda baik kenalah share kan
Dah la murah baq hang! RM30 hengget lengkap sabun, krim malam, krim siang. Haa ambik..Lengkap dan murah dan berkesan kau!
Tapi idup tak selalunya baik..ecehhh! Kejap je mende tu, pastu hari-hari berikutnya, muka dah kembali teruk dan gatal-gatal
Jerawat di sana sini..Tak dapat nak ubati. Pastu bila tengok post dari Nabila, cam alamakkkk! Seyeslyyy!

Takpelah, even murah tapi merosakkan muka baik jangan teruskan. Pasni gunalah produk semulajadi.hehe
Nak tau lanjut sila cek kat belog nabilabiela atau cek kat sini. Cegah sebelum kena!

Wednesday, February 12, 2014

::Losyen mustajab ni mustajab ke??::

 
 
 
 Assalammualaikum dan selamat pagi malaysia,

Harini segmen review mereview by Yna. Salunya, Yna hanya akan review produk yang Yna try dan berjaya. Yang try tapi tak berjaya, takmo review..hehe
Kebanyakannya, Yna try kurang la berkesan. Tapi yang nii memang torbaikkk!
I loike.

Dulu Yna penah review pasal produk anugerah kan? klik sini untuk baca. Seriously, produk anugerah tu memang best sebab dari ayat-ayat Quran. Kena try untuk resdung especially.
And now satu lagi cubaan hebat dari saya. 
Memperkenalkannn...

 
 
Losyen Mustajab Pati Halia extra extra HOT..pheww..
Sesuai sangat untuk:
  • Sakit otot dan sendi
  • Urutan seluruh badan
  • Mengurangkan selulit
  • Melegakan sakit akibat senggugut
  • Kembung perut dan sakit belakang
  • Sesuai untuk wanita lepas bersalin
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
Saya selalu pakai time training. Lumur satu badan kasi panas, pastu g training. Kompem berpeluh-peluh. Hoih..
Yang best tu feeling dia sangat fresh tau sebab badan rasa ringan sangat.
Lagi satu time senggugut, lumur kat perut dengan belakang pinggang. Then tidur kejap, baca novel ke, makan nasik ke, insyaAllah pastu akan berkurang

Saya ni susah nak kuar angin tau. Kalau dah geram sangat, angin tak kuar pastu sampai ke kepala,
buleh menyebabkan migrain.
Haaa..part migrain tu lagilah susah, ape keje takleh buat kalau terlibat migrain
So cerita dia adalah lumur la losyen tu satu badan. Kadang-kadang tu siap buat losyen pelindung matahari.ekekekeke

You olls buleh try pada yang belum try. Macam-macam produk dari dunia herbs tapi so far itu je yang saya try.
Nak tau lanjut buleh klik website duniaherbs.
Dan satu lagi...

 Baru saya tau :) smile.

Tuesday, February 11, 2014

::Kwan ke sahabat lebih manis?::


 
Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. qoute

Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.qoute

ahaa...rasa cam betul je kan maksud dan makna sahabat tersebut.
Sekarang ni susah ke senang nak cari sahabat atau kawan sejati? Kalau tak silap Yna kawan ni senang nak cari. Sape-sape je buleh jadik kawan.
Tapi sahabat..hoihh!

Ade ke sahabat yang sanggup bersusah payah demi anda, anda susah beliau ade memberikan semangat
Anda senang, beliau ada bersama untuk meraikannya..


Bila pikir-pikir balik, adekah Yna ni seorang sahabat atau hanya kawan kepada semua teman-teman Yna
Kalau boleh Yna nak jugak berkongsi susah senang sama-sama dengan mereka.hihi
Ni apesal buat ayat sedih-sedih nii. Putus cinta ke hape?
Takdelahh, saje je nak share idea. Lama tak update belog. Puas pikior nak menulis mende.
 
And now, I am currently stay with them
 

So now susah senang sama-sama ngan dyeorang..hoihh..
Ngantok giler nii.taktau kenapa, jaga diri ye semua:)

Thursday, February 6, 2014

::spoil mood pagi::

 
 
Pagi bebenor update belog kau. Sebab dah tak tahan sangat nak marah.
Sabar-sabar. Istighfar banyak-banyak..:)
Bukan hape, bayangkan datang pagi-pagi dengan semangat yang membara nak bekerja.
Pastu, pastu, pastu...
Sampai je kat meja...hoih! Menyirap giler rasanyaa..
Banyak giler cik mut sesemut kat meja. Hoimahhh! Terus rasa nak marah
Mai mana semut bebanyak yang angkut geng-geng beliau.grrr..
Ropanya, cik opismate sebelah saya ni punya keje. Minum ayaq nescafe, tak habis, pastu tak reti nak letak lam pantry
Hoihh! Then terpaksa la ngemas meja, dah tu guna magical spray untuk bunuh semut yang sangatt banyak
 
Memanglaa..takleh nak marahkan semut tu, Saya marah kat kakak sebelah ni lahh..
Pandai minum, pandaila letak lam pantry.
Siap bagi warning lagi hokey.hihi
Now, dah okay dah...feeling good. Semoga harini baik dari semalam :)

Wednesday, February 5, 2014

::makan PECEL hari-hari pon takpe::

 
uwaaa..ngantoknya alahaii. Ni tengah rilek-rilek sikit. Minah sebelah siap pegi 7e membeli belah.
Saya?Malas nak berjalan. rasa nak tido je manjang
Tengahari tadi dah melantak nasik campor. Punyalah banyak letak sambal sampai melimpah ruah.
Tamak-tamak.hoih!

Tetiba lom sampai kol 5 perot dah bunyi-bunyian lagu.Seriously dah rasa lapor.
Nasib baik ade kueh pagi tadi, tu pon seketul
Mula lah berjalan-jalan mencari makanan kat sekitar opis.
Dan..serta merta tingat sesuatuu.Makanan ruji kamii..
Yang dulunya saya tak suka, sekarang menjadi igauan.kkikikii

Pecel tu haa. Indon punya makanan. kat gombak ade satu kedai best giler.
Saya pon dah kenal ngan akak tu. Memang superb gak untuk jadik port lepak
Bf, bff semua saya dah angkut..
Nak try? Jom aarr pegi Gombak. Tak tahan pedas memang sorymory la..Takleh nak makan.hihi
Ingat harini nak gi. Mesej akak tu katanya bukak kedai beliau harini.
so happy:) menunggu masa je ni.

Tuesday, February 4, 2014

::Cerita hari Kolumpo::

 
 
Semalam kolumpo cutii.heaven giler rasa. Bangun-bangun je eh-eh arini cuti plakk. Then tido balik.hehe
Actually ade perancangan semalam. Jalan-jalan sempena cuti kolumpo.
Jalan ok la takdela jem macam biasa. Semalam citernye teman my bf pegi ampang park.
First time dia naik lrt, so tak berapa nak familiar.
So semalam saya jadik sifu la tunjuk ajarku sifu acane nak naik train, acane nak beli tiket,
mana nak turun.hehe
 
Dia dapat kije kat sini so panjang la kaki nak berjimba-jimba. Kami pergi lebih kurang pukul 11 dan pas je tengok bangunan opis beliau kami menuju ke JJ.
Time to perabih duittt!kihkihkih
Punya la lama bersoping sampai makan pon tak hengat. Bila masing-masing dah dapat keperluan masing-masing, baru perot rasa berkeroncong
Tetiba lak tingatkan laksa dengan cendoi durian kat Cendol Borhan area Gomabk tu.
Yna pernah buat entry pasal cendol tuu . cek kat sini.
Bapok sedap giler. Cam nak tambah tapi malu..kuangkuang..Dia punya tagline, makan sampai teringat-ingat.
Haaa memang pon..teringat-ingat sampai bawak ke mimpi.
Dann...
Pas makan laksa, tingin lak ciken cop..
Hoi laa.. perot hape tah. Layan la ciken cop sampai abiss.hehe

Nak balik dah nii.. Tu je nak kabor..weekend lepas g temerloh. Ade kenduri.
Tapi no patin this time.hehe:)