Showing posts with label AQ. Show all posts
Showing posts with label AQ. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Peperiksaan Pegawai Kastam dan Peperiksaan lain? Mana satu pilihan saya?



Headline, headline. Semua orang dah tahu kan? Pasal exam pegawai kastam yang dibuat online pada sabtu lepas.
Saya dapat sms pasal exam tu dan terus print details berkenaan exam tersebut. Hoih, tak tahu la bila last saya apply, dan yang pasti ianya dah lama. hehe
Pada mulanya saya malas nak ambil test tu sebab sebelum ni dah pernah buat exam AADK dan tak pernah lulus.
3x amik hokey! bukan sekali. Tapi berkat sokongan seseorang, amik la jugak walaupun takde hati ~
Yes, part tak best bila sejam menunggu masih tak boleh masuk dalam page tu. Sengsara jugak dan last-last malas terus.

Tutup laptop, tido balik, kroih kroih. Buang masa sabtu tu bangun awal dan takde result. kikikiki.
Ropenya ramai yang feedback tak boleh masuk dalam sistem dan even soalan pon tak keluar.
Tiba-tiba tup tup dapat sms mengatakan bahawa boleh ambil retest pada hari Rabu, dan ianya MALAM.
Pening jugak fikir sebab saya ada interview lain masa tu (interview itu dirahsiakan sebab terlalu rahsia) mehehehehehe.
Dan saya pilih untuk ke interview rahsia tu tanpa ragu-ragu
Saya anggap interview kastam tu tak berjaya dan tak ada rezeki

Entahla, betul orang cakap belajar universiti pon susah nak dapat kerja terutama kerajaan. Saya memang minat dengan kerja ataupun jawatan kemasyarakatan ni
Sekarang kerja pon tak ada kena mengena dengan apa yang saya ambil kat UIA, tapi mak cakap tak apa, pengalaman tu penting dan insyaAllah pengalaman tu mendewasakan kita
Yes, saya bakal berhenti kerja November ni. Sebab utama bukan nak kahwin tapi sebab saya dah tak tahan dengan kerja saya. Kerja sangat teruk, tapi gaji hoih, tak boleh blah!
Tak apalah, semoga rezeki saya berganda-ganda lepas ni
amin, rezeki anda jugak! Sama-sama doakan ye. :)

Wednesday, August 13, 2014

Batuk berpanjangan sampai takleh tidur

 
 
Hi,
 
Dah seminggu batuk dan belum sembuh. Cumanya sehari dua ni makin teruk. Nak kata minum ais, tak jugak. Minum la tapi tak banyak sangat.hehe
Semalam adalah hari paling teruk. Batuk sampai tak boleh tidur dan sakit dada. Hoih! Bergema bilik bila sekali batuk
Stress pon ada sebab mengantuk tapi tak boleh tidur. Teguk air 2ml sampai habis pastu tekup muka dengan bantal. Nasib baik masih hidup. tsskk..

Tadi naik train pon sama. Abang sebelah saya pandang-pandang je bila batuk. Macam saya ada penyakit berbahaya.
nak saja saya cakap ye bang, saya nak semua orang dalam train ni ambil batuk saya sorang sikit.
Haha, emosi tak habis..Sampai sekarang di opis pon masih batuk tahap dewa dewi
Pastu dah tanya dak google mintak petua.
Dan petua paling mudah adalah minum kicap dan jugak limau nipis selain limau dan madu.

Balik satgi nak cuba lah. madu ada saja kat bilik. Saya beli madu kelulut ori punya. Mahal tapi berbaloi
Oh yang bestnya, saya jumpa petua ni dari abg Ben Ashaari. Balik ni saya try dan kita tengok bagaimana hasilnya ya.
Bye bye!


Tuesday, August 5, 2014

Kuih batang buruk dan karipap mini dalam english? Direct translation

 
 
Hi,
Free ye mengupdate lepas beraya. Semalam bawak biskut raya. 4 jenis. Dan sorang minah korea di opis tanya saya "Lina, what we called this in Malay?"
Dia merujuk kepada karipap mini.
 
 
 
Dan saya pon cakap la karipap mini. Trus dia translate oh small the pieces of curry puff. Saya tepuk dahi.
Pastu dia amik batang buruk dan tanya lagi.
"How about this one Lina?"


Saya cakap la namanya batang buruk. Terus dia google translate. Oh poor rod!
Saya tepuk dahi lagi. Direct gila kau punya translation.
Poor rod kau letak. Nasib la labu!
Yang pasti biskut poor rod tu dah separuh bekas, nak habis dah. Sedap katanya. Minah ni tolak kayu dengan batu je semua dia telan
Korean love spicy food katanya. Elok la, dia makan nasik ngan cili tau buat ulam. Kau ada!