Friday, March 29, 2013

"Segmen : Tambah Followers by Nurul"

Mari tambahkan kenalan

::secebis kenangan PART 1::


Salam diary,semoga harini lebih baik dari smalam.

Amin.
Today is my refreshing day sebab harini jumaat. Esok cuti. Hokey tade kena mengena dengan ini entry.
Saje je. Tetiba plak entry ni ade part 1 dan seterusnya. InsyaAllah.
Tade pape pon nak cita pasal kehidupan saja dan pasal family. Sebab tetiba rindu family yang jauh di utara. Sobs.
Kalau la perlis dengan kolumpo ni ibarat kolumpo dengan nogori semilan,dah lama dah CikYna balik. Silap hari bulan,setiap minggu.
Tapi sebab CikYna ni maleh,nak sakitkan badan dan buang masa 9 jam dalam bas,travel ohmai!
Stress gila baq hang. So memang la kalau cuti sari dua tu maaf dipinta la,memang CikYna say NO to balik kampung.
Op kos la nak balik,tapi cam masa tak kena je. So niat terbuku tu,di batalkan saja.

Family. Keluarga.
CikYna anak sulung. Ada 2 adik lelaki.
Mak keja kat mrsm. Ayah tak keja. Tak sehat.
So mak memang banyak berkorban untuk kami adik beradik. Masa ayah sakit,makla yang banyak bertungkus lumus bekerja. Dulu masa ayah sakit, CikYna seriously taktau betapa serious nya penyakit ayah.
Mak tak bagitau sebab tanak pelajaran terganggu. Masa tu kat UIA PJ.
Menyesal jugak sebab taktau dan asek buat mak rasa bersalah. Ya ampun! Sobs. :'(

Bila CikYna sambung amek degree,ayah masih macam tu.
Percakapan telo lagi,jalan pakai tongkat.
Dah tak macam dulu,sensitip manjang dan perangai agak kebudak-budakan.
Mulanya CikYna rasa down sangat,sedih lagi lah bila tengok dia camtu.
Hentah la,rasa macam nak kembali macam zaman sekolah rendah, ayah hantar pi sekolah,singgah kedai minum teh tarik.
Ya Allah sayunya hati.

Semoga keluarga saya dilindungi selalu. Maaf tak leh nak sambung. Sebak sesangat.
Sobs#Sobs#
Okebai.

Adik-adik   


Mak ayah
NotakakiCikYna: hargailah ibubapa sementara mereka masih ada.

Thursday, March 28, 2013

::PAKU:Bila cita ni nak tayang. ::

trailer pon da best..wehuuu...

Hoi la..dari minggu lepas lagi dok mencari cite Paku ni.
Puas geledah youtube dengan kak fad carik bila tayangan movie ni.
We olls ni suka sangat tengok cite seram-seram neh.hewhewhew.
Geledah punya geledah,kemaruk nak tengok cite hantu,then dengan penuh keyakinan
we olls pegi ke tempat peberet dengan penuh harapan.
Sampai-sampai je,semua muka cam cencurut. Erk#erk#erk#
Damn! Bakpo tade cite yang diharapkan,paling koman pon cite yang boleh menggegarkan jiwa kami melaburkan duit pada hari tu. ha hamek kau.
Sekali semua cite yang tak berapa nak kena ngan jiwa. Cita komedi,kartun,mental2 baq hang. Adoila.Pening-pening.
Geleng kepala sambil bincang-bincang apa nak buat sambil minum chatime. tade pearls,pearls kan dah bahaya sekarang ni.
At last, we olls karok je. Hoi la. Bosan nak mampos. Memasing cam tanak layan karok sebab hampa.

Harini,tengok lagi trailer dia. Pahtu tengok lagi dan carik lagi bila setat.
Agak-agakla,tade kot. Takkan setat taun depan,trailer da main.
Ceit.
Kecewa. Okebai.

::bahaya ke kalau kekurangan gula?::

Olllaaaa. Haip,tajuk kemain lagi ye.
Saja je nak share. Tadi baru lepas Borrel aka party-part taim di opis.
CikYna mestilah suka sebab makan pree kot. Seb baik makanan boleh masuk tekak,bukan westernization.hehe.
Ok now nak cite pasal Gula.
Gula itu manis, manis itu gula.
Tapi u olls tau ke kesan bila kekurangan gula dalam darah?
Tau tak,tau tak,tau tak? (tau ke tak?)
Gula,kebaikan dan kekurangan.Uhuk.





Ok.Meh nak cita.
CikYna yakin dan pasti semua orang tau kesan lebihnya gula dalam darah kan?
CikYna dan keluarga memang ada kesah kekurangan gula lam darah.
CikYna,ayah dan mak. Jangan tak tau, orang berisi jugak boleh kekurangan gula tau.
Apa yang CikYna nak ceta ni berdasarkan pengalaman.
CikYna penah pengsan masa kat matrik dlu sebab kurang gula,masa tu kat cafe dan tengah pegang mee sup. Alahai.
Tatau camne bleh berlaku, sedar-sedar je dah kat klinik. Aik.Rasanya tadi dok pegang mee sup.
CikYna terus membawa berita ini kepada mak dan kami pegi cek doc.

Doc pesan bahaya kalau kurang gula ni,macam kurang darah jugak.
So pegi mana-mana bawaklah gula-gula. Buat peneman.
Now lam beg memang ada macam-macam jenis gula-gula. mehehehe.
Ayah CiKyna penah pengsan kat umah,then bagi minun air gula,dia sedar balik.
Ada jugak baca beberapa artikel pasal kurang gula ni.
So rerajinkanlah jari jemari anda untuk mencari tips-tips kesihatan ye.
Jangan lupa sarapan dan jangan stress-stress selalu.lol
Ni nasihat diri sendiri jugak.
Okebai.

#smile#


"Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip"

Another segmen. Comel kan..Mari join.

Wednesday, March 27, 2013

::Virus infection woot-woot::

Ollla diary, Mesti tertunggu-tunggu entry baru pasal kesah jumpa dokter smlam kan?
Phew.
Nebes tahap kalahkan nak jumpa mak mentua u ollsCikYna pegi satu klinik panel dengan menggunakan ING card. Mehehehe.
Klinik itu berlokasi di JJWangsa Maju. Erk,tergamam seketika bila mengetahui ada klinik ropanya di situ.
Sebelah elianto ada klinik ye kawan-kawan. Sebelah elianto.






Maka nya,menunggu selama 5 menet,sebelum dokter memanggil sendiri nama pesakit. 
Tade nak ngada-ngada nurse cantik yang panggil hokey.
Then CikYna cakapla kat dokter, "sakit telinga la doc,denyut-denyut. Ada kumbang masuk kot"

Check punya check, dia tanya "U ada kawan ke di luar?"

CikYna geleng kepala, Ha sudah! Penyakit kronik ke? Alahai. Steady lagi.

"You selalu korek telinga ke? You tinggal mana ni? Banyak kuman tau. Masuk telinga. Bahaya."

Pastu buat bodoh sket, garu tudung. #kuman#kuman#kuman#

"Korek telinga selalu tak boleh ke doc? Nanti tahi telinga melimpah ruah la doc."(tu ayat karangan,bukan ayat sebenar)

Doktor pandang-pandang,geleng-geleng. Eheh,kenapa pulak ni.

"No. You salah,tak boleh korek hari-hari. Bahaya you tau. Jangan korek dalam-dalam. Boleh infection woo. Bahaya!"

Gulp. Telan air liur.

"I bagi you ubat. Cuba dulu seminggu. Kalau tak ok. Boleh cuci,bla..bla..bla.." Tak paham sangat dia cakap. So CikYna pon kuar dengan harapan hampa. Kumbang di telinga tanak kuar. Sobs.

Then to make it clear, CikYna tanya la pharmacist then dia terangkan la pada CikYna. Bagi 3 jenis menatang ubat.

Taraaaa...
 Ni ubat tahan sakit. Makan selepas amik makanan. Pat kali sehari. Noted!

 Ni antibiotik. WAJIB(ha urup besar lagi) habiskan. Pat kali gak sari.

Ni titisan air mata. Uhuk. Telinga la.. Pagi dan malam. 8-10 drops. Ikot sukati.

So fir this infection, the doc nasihatkan untuk jgan selalu korek telinga dan awasi persekitaran.
Hmm..Noted doc. Thanks ye.
Lepas demam, dapat infection ni pulop. Takpela. Asal bahagia. Chewah(bahagia ke kau!).
Nak p makan. Okebai.


NotakakiCikYna: Jaga telinga anda baik-baik, Jangan selalu korek telinga. Itu BAHAYA.

"1st Giveaway by LINA'S JOURNEY"

Segmen lelagi. Moh join moh. Cik Lina akan bagi hadiah yang osem. Like3

::1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci::

http://1.bp.blogspot.com/-zSLxcve5x_U/UU9AMtAxH8I/AAAAAAAAKo0/kyneXXzZ2Sk/s1600/GA_cci.png
Lagi satu segmen. Hadiah yang sangat osem u olls. Moh join.

::Cik Akak mencari beloglist April & Mei::

Moh join ramai2. Mari berkenalan sesama kita.Peace yaw!

Tuesday, March 26, 2013

::Bila saya sakit::

Hi diary.
I olls tak berapa nak ada mood harini.
Smalam I olls tak sehat MC kerana demam berpanjangan dan selsema.
Yang pasti I olls tade penyakit yang teruk mahupon yang mengancam jiwa ok.
Smalam merupakan hari paling worse, I olls berbaring,baring dan terus di pembaringan. oits.
Tido je,tak makan tak buat pe. Eh,ade.
I olls tengok mobie mengilangkan bosan. Hoihla. Mati kutu kalau asek tdo je memanjang.
Ah,nak share yang CikYna now is kurang pendengaran. Telinga sakit. Taktau kenapa,kumbang masuk maybe. #mati#mati#mati#
Japgi nak g klinik, so tunggulah update seterusnya. Hope semuanya Okay lah!
Doakan CikYna ye diary..


Okebai#

NotakakiCikYna: minum ayaq lapan gelas sari itu PENTING. okebai.

Friday, March 22, 2013

::Boyfriend baru sayaa::

Wow tajuk entry. Boleh mengejutkan semua kengkawan dan family CikYna.
Haha. Lek lu, tenang u olls.
Ni baru nak cita ni,pasal new boyfriend. Tapi taktau jantina sebenar dia.
Kang letak girlfriend,orang cop gay plak.haha.
Jadik,mari kenal kan kawan-kawan,my new BF..

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Taraa...Introducing new BB cream from Farmasi Colour Cosmetics.

I olls sangat kagum dengan cream ini. Sebab beliau ada collagen,SPF 15,vitamin. waduh,sesuai dengan kulit I olls yang kusam dan tak bermaya nih.
First taim pakai oi la,teruja nak mampus tau. Sebab dia sangat lembut dan menjadikan kulit CikYna menjadi shining. Wow! Tak tipu.
Thanks la untuk Yuyu Zulaikha sebab buat promo entry pasal beliau ni.
Cuma tade gambo sebelum dan selepas pemakaian.
My kamera telah tidak mau idop. Virus agaknya.
Sangat sedih. Sobs.

But luckily I got my new boyfriend. Thanks dear!
Okebai.


NotakakiCikYna: I got this one with a cheaper price. Nak tau,sila tanya.lol >.<

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

Follower:63 

"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"

 

::Menangislah,sayang. Sobs.::

 

Ololo...Comeynya dia.
Vahvahvah. Tajuk entry tu agak menggoda jiwa di hari jumaat. hehe.
Bukan apa,tetiba terpikir nak mengepost satu post yang ala-ala insaf di hari jumaat. lol.
Menangis atau teriak lam bahasa utara. Standard la tu. Nama pon manusia. Mesti ada kesensitiviti setiap orang kan.

Macam CikYna sendiri, I am not a sensitive girl.(Chewah. Yo oo jew tu)
Maksudnya, susah untuk menangis, tapi sekali menangis,hamek kau!
Semua buleh dengar. Mbahahaha.
One of my BFF, panggil CikYna hati kering. Hoih,tak sayang mulut.
Ntah la bagi CikYna,depends  pada situasi la kot. Takkan tetiba nak menangis tak tentu hala.
Nanti tak pasal kena cop mereng plop.
Heh! Kalau takat tengok cita korea, industan,tetiba nak melalak tak tentu pasal memang itu bukan aku. hihi.
Dolu masa blajar, ramai la kawan yang macam tu. Tetiba sedih part cintan-cintun, hero dan heroin berpisah. Sobs. Omagai! Agak-agak la weh. Berlakon je pon. Pastu diaorang marah CikYna, Ko ni tak yah la join ktorg,punyalah sedih buleh ko buat dono je.
Aik,aku plak yang dipersalahkan. Haish,tak paham,tak paham.

Cuma itula, kadang-kadang tu tercuit jugak la perasaan dan termenangis jugak la(eh termenangis?pon boleh)
Ada beberapa situasi yang boleh membuatkan CikYna menangis. Ada jugak beberapa kejadian yang membuatkan CikYna boleh menangis tersedu sedan. Sobs#

Yes, bila seseorang yang amat saya sayang menghadap Ilahi. Hoi la. Menangis tak de lagu. Miss dia sesangat.

Bila ada perkara yang berlaku melibatkan keluarga CikYna

menang wajadiri.haha. tade kena mengena

Iutlah dia.Kadang-kadang tak expect pon satu benda yang boleh membuatkan kita mengalirkan air mata. Tetiba sahaja rasa sebak. CikYna memang akan menangis bila melibatkan sesuatu melibatkan keluarga dan kawan-kawan.
Apa pun,menangis itu  perlu bila kita stress. Yeke? Hentahla. Menangis bila perlu kot. Takyah nak melalak cam kucing ilang anak kalau tengok cite korea. Cam nak lempang-lempang je muka.
Beware ye. >.<

kalau menangis dan ketawa tu satu ubat,maka itu tak salah.Sekali-sekala,kan? Peace.


NotakakiCikYna: Semoga dipelihara selalu,keluargaku dan teman-temanku.Amin






Thursday, March 21, 2013

::keterujaan menggunakan coffee machine kali pertama,Mbahahaha::

Aaaa... Ni tak nyempat-nyempat nama dia.
Tetiba terpkir idea nak menulih sambil cakap tepon call staff. Hiks!
Bleh plak CikYna buat 2 keja lam 1 masa. Tak patot,tak patot.
Tapi tulah,nak cita pasal coffee machine kat opis je pon.
Agak-agakla weh,7 bulan keje kau baru tau nak guna menatang mesin ni.
Dah tatau tanak tanya, pastu pandang2 jeling-jeling je coffee machine tuh.
Dah la bau dia menggoda jiwa dan adrenalin. Haish.
Last2 harini Ayu dengan penuh sabo menunjukkan cara2 menggunakan menatang mesin ni.
Ya ampun! Teruja ngalahkan kanak2. Facepalm
Sonang gilo bak hang! Pastu cam tergedik2 kat mesin tu sambil pandang-pandang.
Pastu nyesal-nyesal sebab tak penah guna. Roginya selama 7 bulan. Miahaahaha.
Ha, pasni tak nyesal dah. Sebab dah pandai buat sendiri.
Letak krimer sket. Vahvahvah. Ohsem u olls.
 
Rope dia macam ni la. Hengatkan nak tangkap gambo si menatang mesin ni. Tapi agak-agakla woi!



NotakakiCikYna: Sila gunakan kemudahan di opis dengan sebaik mungkin. Mihmihmih.

::kesah SPM saya OMG!::

Olaa...harini result SPM kuar. Good luck ye untuk semua adik2.
Semoga berjaya diucapkan ye.hehe.
I olls pon dulu bersyukur la dapat result yang baik untuk SPM.
Nak ceta la skit pasal SPM saya tahun 2004. hehe.
Tadela gempak sangat tapi boleh la melayakkan saya untuk ke U imipan saya, UIA dihatiku.mihmihmih.


Saya seorang pelajar yang mengambil aliran sastera ekonomi. Haish,memang minta tahap gaban la ngan ekonomi ni.
Saya juga lebih cenderung kepada subjek bahasa inggeris, walopon kekadang tercampur past tense ngan present tense.Mbahahaha.
Saya masih ingat lagi,subjek bahasa inggeris dan sains. Kan ada pilihan soklan. Kena pilih soklan. Punyalah semangat,saya p jawab semua soklan dengan jayanya. Hoi! Agak2 la kan.
Sebab cikgu penah cakap,examiner akan tanda jawapan dan pilih yg terbaik.
Dan! resultnya, alhamdu Lillah. Tak menghampakan.

Taim nak amek result, tade la bagi harapan. Mak ayah pon ok je.Maklum la saya bukan calon pilihan untuk result yang baik. Sobs.
Maka dengan langkah longlai,saya menuju ke kaunter cikgu kelas saya, Cikgu Goh Kim Nee. Pastu dia senyum2. Haish,senyum perli ke hape ni?
Then saya menerima slip tersebut dengan penuh debaran. Tak tengok lagi ni. Lutut ketar2.
Tengok slip. Telan air liur. Tengok lagi. Telan lagi. Pastu tengok lagi.
'tahniah atas kejayaan kamu, kamu jadik best student aliran sastera. Saya bangga dengan kamu.'kata Cikgu dengan nada terharu.

Dengan nada tak caya, balik umah, ayah tunggu depan pintu.Alahai ayah.
Bagi slip. Ayah tekujat, mak plak balik dari keja, mak tekujat jugak.
hukhuk. Air mata kegumbiraan dari mereka.
AlhamduLillah. Ramai yang tak caya dengan rezki dari Allah untuk saya. Ramai yang mempertikaikan keupayaan saya untuk berjaya kerana ayah saya seorang petani. Ramai yang mengadu domba(betul ke ayat ni?). Saya tau.
Sebab tu mak ayah cam teharu, tak caya.
I know I can do it. Kesusahan mengajar saya untuk berusaha.
Kenapa ayat sedih plop ni. #Sobs#Sobs#Sobs#

Then dapat award dari sekolah. Dapat duit kot RM500. Makcik kayo. Mak ayah berebut2 nak g amik anugerah. Hihi. Somel je sebab sy kat Uia masa tu.
So now da grad,dari UIA. alhamduLillah.
Bersyukur kerana dapat menggembirakan hati mak ayah.
Terima kasih banyak2. Allah saja dapat membalas jasa kalian.
Untuk adik2, percaya pada diri,usaha dan tawakal. Pasti berjaya.

Okebai. #Smile#


NotakakiCikYna: Pedulikan kata orang, usaha selagi mampu! Yeah..


Wednesday, March 20, 2013

::Segmen Review Blog::

Another segmen by Siti Zawiah. Like3

::kek Secret Recipe seringgit je?::

Ollaaaa...Diary.
Tuh header baru yang kunun comel. Sekali besar la pulop.
Takpelah,asal percubaan tutorial berjaya.Hiks.
Nak cita pasal tadi je. Lunch at secret recipe Central Market. One of my colleague,Kak Zarith nak makan tomyam kung. So layan jela. Walopon tomyam tu mahal dan tak sedap pon.

Maka kami pon dengan penuh sabar nya menanti tomyam itu dan sedang mengoder,tetiba pelayan yang cantik manis tu cakap.
"You can get a slice of cake with one ringgit only" Gulp. Telan air liur. Biar betul. Kek dia 1 slice dah 7.50,takkan nak jual singgit kot seketul.#takcaya#takcaya#takcaya#
Beranggapan dia hanya bergurau,maka kami menikmati tomyam itu dengan penuh nikmat.

Then nak bayar je,tetiba cashier tu suh pilih kek. Dan bayar hanya singgit. Vahvahvah.
Pucuk di cita ulam mendatang(tatau la kenapa guna peribahasa ni)..
CikYna pon memilih la Chocolate chip kek sebagai pilihan. Peneman lapo japg petang.
Promosi sampai 24 mac dengan belian ala carte!
Mari serbu secret recipe lagi kawan2.
Layari http://www.secretrecipe.com.my/ untuk keterangan lanjut.

Okebai. Smile.

NotakakiCikYna: Ingatlah insan tersayang. Mihmihmih.

Tuesday, March 19, 2013

::Rindu.Sobs.::

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

(RINDU by Hijjaz)
  • Rindu mak. Sobs.
  • Rindu Ayah. Sobs.
  • Rindu Maklang. Sobs.
  • Rindu Makngah. Sobs.
  • Rindu adik-adik. Sobs.
  • Rindu Azalea. Sobs.
  • Sukurlah diberi nikmat kerinduan. Sobs.     



NotakakiCikYna:akan tiba suatu hari nanti. Sobs.

Monday, March 18, 2013

::weekend yang tade rehat.uhuk::

Olllaaa diary!
selamat berhari isnin. Ni CikYna nak hapdet pasal weekend yang lepas.hiks.
Sangatla teruja mengambil gambo untuk dimuatkan dan diceritakan.Mbahaha

Sabtu(16.03.2013)
Berboling-bolingan dengan budak2 kelas potong. Nak kata CikYna ni terer tade la sangat.
Takleh la lawan Shalin Zulkipli ngan Zandra Aziela. Tapi sekadar nak puas kan hati tu bulehla.
Tade la men masuk2 longkang dah.kekeke.Start pukul 2.00 petang dan CikYna main 1 game je sebab nak bekejaran ke Jeram untuk next program.

CikYna dan Sofia. Baju I olls dari butik yang sama macam Ayu.

Malam nya pulop ade makan2 alumni dengan TP Gombak,PJ dan Kuantan.
35 orang yang hadir termasuk Ustaz Kaha,Kak Su dan Abg Fuad.
Siap ada celebration birthday utk ulangtahun kelahiran bulan Januari sehingga Mac.
Yang takleh blah makanan dia tu.Alahai. Rosak diet untuk yang minum shake herbalife. #erk#erk#erk#
Semua menanti dengan penuh sabo. Tomyam dengan udang yang besau2. Sutun gureng tepung.Ikan mende tah nama dia.Dibako ikan itu.Sambal belacan perfect,Telur guring. Dan kailan. Oh malangnya gumbaq2 beliau yang sedap itu tak sempat di snap. Lapo kalahkan tak makan pat hari.hehe.
Semua makan tak nampak dah mentua lalu.kekekeke.




 Taktau tajuk.#gulp#gulp#

 ha,nampak tak ikan ngan tomyam atas meja tu.haish.

 itu adalah Dila.dengan baju rimaunya.Aumm!

 CikYna,bajet menahan lapo. Nak je cubit2 ikan kat depan mata tu.miahahaha.

 kek birthday mereka.dari King's.
#khidir#kakFad#Kimah#Aiman#Fairous#kakhas#

 Meja kusung setelah dikemas.

 Ustat potong kek wakil alumni katanya.

Balik.Terus tido dengan jayanya.Bhaahhhaaha.

17.03.2013(Ahad)
Pagi2 buta dah bangun. Subuh. Then bersiap. Janji nak g masak2 di rumah abg Mus. Salah sorang TP uia.
Sempat lagi sarapan bihun sup di Teknik.hihi. Then bergerak ke Sri Damansara yang CikYna ingatkan amat la jauh jarak beliau dari Gumbak.
Maka kami berkampung di umah abg Mus,seperti rumah sendiri. Plan nak masak terkubur apabila nampak abg Mus memakai apron belang2. Aik? Kata nak ajak masak. Dengan rasa berat hati,kami pon tunguu dan tunggu. Sampaila jam 6.00 ptg.

Makan taim. Menu:asam pedas melaka.kari ikan sembilang.Sambal belacan.masak lemak paku pakis.
Dan dengan senang hati,kami makan dengan gumbiranya. Tak sempat nak snap gambar lagik.hekhek.
Oh yang tambah bestnya,kek gula hangusnya mmg terbaik! makan ngan aiskrim. Vas the Vas!
 Moh layan gambo!

 Birthday Khidir dan Abg Mus!

They all!

Itulah story smalam. Penat. Tapi best weekend. Balik trus kroih kroih..zzzz..
 
 

NotakakiCikYna: Alfatihah buat ex-lecturer,Prof Ghassan Taha Yassien.


Friday, March 15, 2013

::Sentuhan seorang makcik::

olla diary!
Happy2 today,sebab esok da cuti. Wehuuuu..
Lagipon esok ade aktibiti menarik bermain boling ngan PSSCMUIAM dan bermakan2 seafood di Jeram,Kuala Selangor.
Bab makan-makan ni, CikYna memang sangatlah laju u olls.
Walopon badan I kecik,tapi selera ngalahkan they olls sais XXL tau. wupps!


Oh,nak ceta pasal pagi tadi je ha..
I cam biasa la naik LRT. dah sebati da ngan LRT.cuma laluan ke Gombak je la. kalau suh naik ke Ampang,Kompem pening2. Konpius!hukhuk. penah sesat kot,nak g Plaza Rakyat,tetiba dah sampai Hang Tuah.
Pastu garu2 kepala,pegi tanya abg hensem tu.

CikYna: "Bang,saya sesat ni. Nak g Plaza Rakyat camne eh?"

Abg LRT: " Lah camne bleh sesat ni. Kan ade direction. Awak naik balik LRT,
then pegi ke tempat yg betul ye. Yang belah kiri tau.

Dia bagitau CikYna sambil sengih2 tunjuk gigi. Bajet ensem la,walopon hensem sket..mehehehe.Akhirnya sampai ke destinasi dengan selamat.

Bab makcik ni plop, ade sorang makcik ni. Sama umo ngan mak CikYna rasanya. CikYna pon pelawa la dia duduk. Mula2 kompius gak. Nampak tua,tapi macam tak. So CikYna manihkan muka suh dia duduk.

Dia cakap,takpe2...Pastu tangan dia,tepuk kat paha CikYna. Ehek makcik.
Tekujat I olls tau. Teharu pon ade. Rasa macam mak plak yang buat cenggitu.
Then Cikyna pon trus tido bila makcik bagi greenlight. Mbahahaha.

Tu je nak cite. Pasal makcik dan LRT

#SMILE#

NotakakiCikYna: bertimbang rasalah terhadap penumpang2 yang lebih tua/mengandung dsb. Kalau taktau nak bagi sape duduk,tengok kat LRT tu. Besar punya tulis. Tempat duduk khas untuk..(renungan bersama)

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BERSAMA ENTRI MAMA

Another segmen by Ms Aiin Baharom. Enjoice u olls!

Thursday, March 14, 2013

::tawar-menawar,sape lebih terer?::



Olla...diary!
harini rasa lebih better than yesterday
CikYna got new PC sempena ketidaksihatan PC smalam. Fuh,rasa selamat di situ.hekhek
Ahh..ni nak tanya pendapat u olls dalam diary ni. Tadi pepagi macam biase la dengar Hotfm musik paling hangat.Pagi2 wajib CikYna pasang headpon kat telinga sambil mendengarkan celoteh Fara,AF, ngan abg Pezal.
Then tup2,tadi ade isu menarik.Bagi CikYna la.
Tawar-menawar ni sape lagi terer,pompuan ke lelaki?lol
 Sogo ade sale?

Bagi CikYna sendiri,itu depends jugak.hehe. Kalau CikYna sendiri,kalau g then akak kedai tu cakap rege dia sekian,sekian,malas nak bertekak,CikYna kuarkan jela duit.>.<
Tapi kalau rege dia melampaui batasan dan menyebabkan kemarahan, CikYna akan tawar-menawar dengan harga yang lebih berpatutan.
Customer always right,kan?lol
 takkan groceries pon nak tawar-menawar.Agak2 la der!

Bab ni of kos la pompuan lagi terer,takyah amik contoh jauh2,mak CikYna sendiri pon.ehek,maaf mak.Contoh je tau.
 Selagi tak pueh hati,dia akn tawar menawar sampai CikYna akan tegur. Udah2 la mak,dah paling murah dah tu.Isk2..tepuk dahi!hehe

So far bagi CikYna buleh nak tawar menawar,asal kan berpada2. Akk kedai kain,kedai baju,sebinir tu pon nak carik makan jugak.Ni kalau semua mintak diskaun,mati la dia(pehal nak sebelahkan akk jual kain plop ni?)

Yes,atas dasar kemanusiaan. hehe. Tapi kalau dah serendah2nya diskaun,nak mintak diskaun lagi,memang kena tampar laju2 la ngan akk jual kain. Gedik! bagi betis nak paha.Dush2..

Pape pon semua itu bergantung pada anda sebagai pengguna. Buatlah pilihan yang bijak dan pilihlah barang buatan Malaysia. Malaysia buleh!Oooyeah!

#smile#

NotakakiCikYna: tadi pelancong2 korea membeli belah dengan sakannya di CM.Pastu garu kepala,bukan ke jenama2 tu dr negara mereka juga.phew! Teruja gamaknya. Sopink U olls!