Thursday, March 21, 2013

::kesah SPM saya OMG!::

Olaa...harini result SPM kuar. Good luck ye untuk semua adik2.
Semoga berjaya diucapkan ye.hehe.
I olls pon dulu bersyukur la dapat result yang baik untuk SPM.
Nak ceta la skit pasal SPM saya tahun 2004. hehe.
Tadela gempak sangat tapi boleh la melayakkan saya untuk ke U imipan saya, UIA dihatiku.mihmihmih.


Saya seorang pelajar yang mengambil aliran sastera ekonomi. Haish,memang minta tahap gaban la ngan ekonomi ni.
Saya juga lebih cenderung kepada subjek bahasa inggeris, walopon kekadang tercampur past tense ngan present tense.Mbahahaha.
Saya masih ingat lagi,subjek bahasa inggeris dan sains. Kan ada pilihan soklan. Kena pilih soklan. Punyalah semangat,saya p jawab semua soklan dengan jayanya. Hoi! Agak2 la kan.
Sebab cikgu penah cakap,examiner akan tanda jawapan dan pilih yg terbaik.
Dan! resultnya, alhamdu Lillah. Tak menghampakan.

Taim nak amek result, tade la bagi harapan. Mak ayah pon ok je.Maklum la saya bukan calon pilihan untuk result yang baik. Sobs.
Maka dengan langkah longlai,saya menuju ke kaunter cikgu kelas saya, Cikgu Goh Kim Nee. Pastu dia senyum2. Haish,senyum perli ke hape ni?
Then saya menerima slip tersebut dengan penuh debaran. Tak tengok lagi ni. Lutut ketar2.
Tengok slip. Telan air liur. Tengok lagi. Telan lagi. Pastu tengok lagi.
'tahniah atas kejayaan kamu, kamu jadik best student aliran sastera. Saya bangga dengan kamu.'kata Cikgu dengan nada terharu.

Dengan nada tak caya, balik umah, ayah tunggu depan pintu.Alahai ayah.
Bagi slip. Ayah tekujat, mak plak balik dari keja, mak tekujat jugak.
hukhuk. Air mata kegumbiraan dari mereka.
AlhamduLillah. Ramai yang tak caya dengan rezki dari Allah untuk saya. Ramai yang mempertikaikan keupayaan saya untuk berjaya kerana ayah saya seorang petani. Ramai yang mengadu domba(betul ke ayat ni?). Saya tau.
Sebab tu mak ayah cam teharu, tak caya.
I know I can do it. Kesusahan mengajar saya untuk berusaha.
Kenapa ayat sedih plop ni. #Sobs#Sobs#Sobs#

Then dapat award dari sekolah. Dapat duit kot RM500. Makcik kayo. Mak ayah berebut2 nak g amik anugerah. Hihi. Somel je sebab sy kat Uia masa tu.
So now da grad,dari UIA. alhamduLillah.
Bersyukur kerana dapat menggembirakan hati mak ayah.
Terima kasih banyak2. Allah saja dapat membalas jasa kalian.
Untuk adik2, percaya pada diri,usaha dan tawakal. Pasti berjaya.

Okebai. #Smile#


NotakakiCikYna: Pedulikan kata orang, usaha selagi mampu! Yeah..


4 comments:

Nory Zoulkefle said...

sama batch dgn nory..
spm 2004..
nory dulu aliran akaun...
tapii tak suka akaunn...
huhuhu

husnaradzie said...

Nory kita sama baya ek?huhu. Seb bek layak gak masuk U.Result biase2 je.

intan said...

wah best student tu.. wah cam nk buat entri mcm ni gak tp dah trlepas..haha

husnaradzie said...

hehe...Cik Intan.Malu#