Friday, September 12, 2014

Peperiksaan Pegawai Kastam dan Peperiksaan lain? Mana satu pilihan saya?



Headline, headline. Semua orang dah tahu kan? Pasal exam pegawai kastam yang dibuat online pada sabtu lepas.
Saya dapat sms pasal exam tu dan terus print details berkenaan exam tersebut. Hoih, tak tahu la bila last saya apply, dan yang pasti ianya dah lama. hehe
Pada mulanya saya malas nak ambil test tu sebab sebelum ni dah pernah buat exam AADK dan tak pernah lulus.
3x amik hokey! bukan sekali. Tapi berkat sokongan seseorang, amik la jugak walaupun takde hati ~
Yes, part tak best bila sejam menunggu masih tak boleh masuk dalam page tu. Sengsara jugak dan last-last malas terus.

Tutup laptop, tido balik, kroih kroih. Buang masa sabtu tu bangun awal dan takde result. kikikiki.
Ropenya ramai yang feedback tak boleh masuk dalam sistem dan even soalan pon tak keluar.
Tiba-tiba tup tup dapat sms mengatakan bahawa boleh ambil retest pada hari Rabu, dan ianya MALAM.
Pening jugak fikir sebab saya ada interview lain masa tu (interview itu dirahsiakan sebab terlalu rahsia) mehehehehehe.
Dan saya pilih untuk ke interview rahsia tu tanpa ragu-ragu
Saya anggap interview kastam tu tak berjaya dan tak ada rezeki

Entahla, betul orang cakap belajar universiti pon susah nak dapat kerja terutama kerajaan. Saya memang minat dengan kerja ataupun jawatan kemasyarakatan ni
Sekarang kerja pon tak ada kena mengena dengan apa yang saya ambil kat UIA, tapi mak cakap tak apa, pengalaman tu penting dan insyaAllah pengalaman tu mendewasakan kita
Yes, saya bakal berhenti kerja November ni. Sebab utama bukan nak kahwin tapi sebab saya dah tak tahan dengan kerja saya. Kerja sangat teruk, tapi gaji hoih, tak boleh blah!
Tak apalah, semoga rezeki saya berganda-ganda lepas ni
amin, rezeki anda jugak! Sama-sama doakan ye. :)

1 comment:

diari rara said...

apastu stay mane awok?