Monday, April 1, 2013

::sembunyi:amukan azazil::

Ni nak cita pasal movie yang CikYna dan kawan-kawan tengok semalam.
SEMBUNYI:AMUKAN AZAZIL
seram kan cite dia? seram ke?
punyala gumbira hati bila dapat tengok cita seram(seram kew) camni..hehe

Filem ni adalah filem seram pertama dari Khabir Bhatia(pengarah drama Nur Kasih).
Dibintangi oleh Remy Ishak,Diana Danielle, Umie Aida dan Sharnaaz Ahmad.
Moh nak cita sket bagaimana kesahnya.huhu.

           Kisah bermula apabila Aishah(Diana Danielle) yang pengsan ketika melarikan diri dari serangan Jepun dan ditemui oleh Kamal(Remy Ishak). Lalu Aishah tinggal bersama Kamal dan Ibu Yani (Umie Aida) di sebuah kampung. Namun kehadiran Aishah tidak disenangi oleh Atan(Sharnaaz Ahmad). Kemuncak berlaku apabila syaitan bernama Azazil menyerang kampung yang didiami Aishah dan Atan menuduh Aishah punca kehadiran syaitan tersebut kerana Aishah melanggra pendinding yang dibina oleh Ibu Yani bagi menghalang Azazil untuk muncul.

         Aishah pula didatangi mimpi menakutkan dimana dia sering bermimpi seorang kanak-kanak perempuan yang memegang kalungnya dan menunggunya di gua. Sehinggalah Aishah dan Kamal berkahwin,Azazil muncul dan sekali memusnahkan kampung yang mereka diami. Namun begitu,kehadiran seorang askar yang tercedera (Fizo Omar) merungkai segalanya apabila Aishah sebenarnya bukan lagi hidup di zaman Jepun.

      Apakah yang terjadi seterusnya selepas Aishah menjumpai semula kalung yang tertanam di hadapan sebuah pokok. Siapakah sebenarnya Kamal dan Ibu Yani? Siapakah Azazil? Dan siapakah perempuan yang muncul dalam mimpi Aishah?
Saksikan Sembunyi:Amukan Azazil di pawagam berhampiran anda. Pasti anda terhibur dan ketawa.(ketawa?) Tehehehehe.

Ni trailer dia. CikYna pasti anda semua terhibur especially part last,bila Umi(Kismah Johar) panggil Diana Danielle kakak. Sweet gila tau. Satu panggung ketawa. Mihmihmih.
Moh sokong filem tempatan ye.

NotakakiCikYna: I bagi 5/10 untuk cita ni.

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

mana post husna ni?

YnaRazali said...

blom post g..hihi..td try2 je