Thursday, August 22, 2013

::Pembersih muka Anugerah untuk kulit bermasalah::

 
Hi olls,lama dah tak buat entry pasal produk-produk ni. Maklumla,busy ngan beraya.
Kulit pon tak berapa nak gebu sangat la pas raya ni. Minyak di sana sini sebab tak jaga pemakanan. Uhuu..
So kat sini nak share ngna you olls je salah satu produk yang Yna dah try dan alhamduLillah menjadi.
Yna ni pantang tengok tau.Pantang tengok testimoni kulit putih gebu mesti nak try.ekekeke.
So far yang Yna nak promote ni bukan pasal putih gebu ke mende, tapi pasal kesihatan kulit.
 Pasal satu penyakit yang semua orang akan hadapi, tipu la kalau beliau kata beliau tade penyakit ni..
sebab yang membezakan adalah serious atau tak je..
ce teka, ce teka ape penyakit tu..ehek..
RESDUNG la u olls..semua akan ada penyakit cuma teruk dan tak teruk je.
Okay, now let's see the product..
 
 
Pencuci muka anugerah untuk kulit bermasalah..
 
Yna ni memang ade resdung yang teruk.Pagi-pagi je mesti bersin sampai begegar pintu toilet. Aishh..tak selesa sangat tau
Then bila datang opis ke mesti akan berterusan dan kadang-kadang sampai boleh selsema tau
Telinga gatal,hidung tersumbat,semuala ada..Stress je rasa.

Then ade sorang kakak senior ni yang merupakan dealer produk anugerah. 
beliau la yang suggest. Murah je tapi insyaAllah berkesan
Dengan harga RM 18, tuang secoet je kat muka,bagi buih sket
Then baca Alfatihah sambil gosok-gosok kat muka
Biarkan beberapa menet, masa nak bilas tu baca selawat 3x
Itu dinamakan ikhtiar betul tak?? Produk ni pon berasaskan ayat-ayat AlQuran
Jadi tak jadi tu lain crita asal kita mencuba
So far Yna dah guna 3 botol and resdung da berkurang
Dah tade dah simptom pagi-pagi yang boleh menghuru harakan idopku.
Muka pon segar-segar bak bidadari giteww.muehehe.
So kalau nak tahu details pasal produk atau nak tau dealer yang berdekatan anda, bolehla melayari website Anugerah ni. Macam-macam ada kat sini dan boleh mencuba sendiri.
Tak salah untuk kita mencuba dan lihat hasilnya sendiri kan.
goodluck:)


7 comments:

najiah shaharain said...

best..memang best pakai produk nie.lagipun bau die best..:D

Nur Atira said...

oke ke produk ni . nanti2 ley la cuba . hehe

YnaRazali said...

Atira:so far saya pakai ok..tade kesan sampingan:)

ekin schmidt said...

yeke?
boleh bg ibu try ni :)

thnx sharing :)

akma mocha said...

kat mne ade jual?

akma mocha said...

kat mne ade jual yer..?

akma mocha said...

kat mne ade jual?