Thursday, September 5, 2013

Pulut dan durian versi utagha:how to eat?


Mowning! Lama bebenor tak berceghita..haish..maklum la busy je dalam minggu ni.
Sebenarnya banyak benda berlaku dalam minggu lepas dan few days ago. heh giteww.
Cakap inggeris jap,bukan selalu tau u olls. heh.

Cuma nak bagitau je ape yang berlaku semalam. Takde yang spesel pon tapi saje je untuk memenuhi entry. Gitu pon boleh.. Jenuh tau carik idea nak menulih hari-hari tapi masih lagi buntu.
Nampak sangat tak femes kan? haha. Hade aku kesah...ekekekeke.
Semalam buat majlis doa selamat dan yassin kat umah baber ngan yeni (laki bini). Collaboration antara 3 orang untuk buat mejelis ni sempena nak doakan dua family yang bakal dapat baby baru.
So banyak la juadah yang disediakan dan Yna pon awal-awal lagi kosongkan perut sebab nak makan banyak-banyak.
Dah tu pukul 11 baru setat makan. Perut dah berangin kemain lagi tau. Pastu nampak spageti yang yummylicious tu terus amik tak hengat ke orang lain..
Sedap gila yeni masakkk.Lau suh Yna memang fail la bab spageti ni.Makan gua pandai lee.
 
 
So juadah utama adalah durian. Jauh nun datang dari Temerloh.
Dah tu orang yang sponsor durian tu plak org utara,so org utara makan pulut ngan durian ni lain skit. Tak macam negeri lain yang buat serawa atau kuah durian dan makan ngan pulut.
Then bila Yna buat preparation pulut ngan durian tu, yang lain-lain ni macam pelik kenapa tak campur durian, pulut dan gula sekali.hehe
 
 
Pastu terpaksa la tunjuk demo skit cara-cara nak makan durian dan pulut versi utara. Cara-caranya adalah amik pulut, banjir kan dengan santan dan gula, kemudian gaul bersama durian.
Oh my gucci, sedap hingga jilat jari tau.hehe
Makanya semalam ramaila yang menikmati pulut durian versi utara. Yna plak makan skit je durian tu. Ndak berani la makan banyak-banyak. Kang pening tak pasal lak amik MC. hohoho..
So itule kesahnyaaa...
Menarik ke idok? haha. Oh cumanya, nak bagitau, mak Yna kata kalau makan durian jangan makan tembikai. Sebab durian kan panas, tembikai plak sejuk, makanya....boleh jadik something goes somewhere nanti lau makan sesuka ati..ekekekeke..

So enjoy ur life u olls. Keep smile:)

2 comments:

TelingaBulat said...

aah kn yna sbb kite ske gile durian..klu mkn byk owg len dok pesan jgn mkn byk nnti badan panas..hehe tp degil

Unknown said...

kita ni ada asma pun degil juga ni..sebab durian tu sedap sangat.. hehe