Monday, June 30, 2014

Puasa at day 1 #

 
 
Alhamdulillah. Hari kedua berpuasa. Syukur sangat-sangat nikmat berpuasa tu masih ada.
Ni masih kat opis, harini geng Muslim semua balik awal pukul 5. Tak awal sangat sebenarnya sebab semua opis akan balik waktu itu.hehe
Ni mata layu dah ni, kuyu sekuyunya. Lapaq tu tak tapi mengantuk yang amat.
Dahla semalam nak nescafe ais, tak jumpa. Frust gila baq hang!
Even dah bukak pose, muka sememeh je sebab takde nescafe ais. Dan harini mesti carik! Mesti! hehe

Sahur macam biasa je, makan roti dengan milo. Simple dan mengenyangkan. No nasik at all.
Dan time bukak pose, dapat bukak ramai-ramai. Kak Ita aka akak pecel tu belanja kami dengan juadah ayam penyet. Alhamdulillah. Murah rezeki dia.
 
Ade ikan keli goreng, ayam goreng, sayur campur, tauhu dan tempe goreng dan macam gulai daging tapi versi jawa.
 
Ade buah anggur, buah tembikai dan kurma jugak. Beserta air yang refreshing.hehe
Kenyang malam tu. Ramai jugak yang turut serta. At least terubat la rindu kat family.
Maaf mak, kak tak dapat bukak pose sekali. sobs!


Aumm pinggan saya. Amik nasik sikit je lauk lebih takpe. haha. Menggoda jiwa plak bila post gambar makanan. Sabar-sabar.
Paling stress bila sepupu post gambar yang membuatkan saya marah!

Sayoq keladi! hoih! siap ade caption lagi, buat sepupuku yang jauh di perantauan. tssskk!
Sebak weh sebak!
Takpo chek balik ni, satu periuk chek habiskan.haha
Ok semua, selamat berpuasa, ampun atas salah dan silap.
Bye!

Ngantuk,

1 comment: