Monday, February 25, 2013

::segmen: My Best K-Drama by Aziera::


banner:comey kan kan kan?


ollaaaa..another segmen yang mengancam jiwa cik Yna
sUngguh ohsem la entry dia berkaitan drama korea
dolu2 cik Yna tak minat sangat ngan korea2 ni,cam jiwang2 tak seswai ngan jiwa cik Yna ala-ala 
keras seperti batu (bukan lessy okay!)
Then bila ternampak entry segmen pasal cite korea,tetiba rasa cam berminat plak nak cite2 and kongsi ngan semua orang,hehe
bila tengok cita korea,imaginisasi(betol ke ayat?) cik Yna pon cam sweet2 gitew,cam bajet2 comel and rasa macam tengah berlakon lam cite tu(omai!da melalut da ni)

so pilihan cik Yna adalah drama 



YOU ARE BEAUTIFUL! 미남이 시네요 (Mi-nam-i Shi-ne-yo)
kenapa?kenapa?kenapa?

sebab cik Yna da tengok cita ni berploh2 kali,da bleh hapal da skrip(hewhewhew)
so memang da merindui Go Mi Nam, Tae Kyung, Shin Woo dan Jeremy
alalalala...sangat la sweet semanis gula gitew... meh2 tengok sinopsis sket,pastu kita rebiu2 scene menarik ngan watak2 utamanya..hehe

1. sinopsis: 

Kisahnya bermula bila Go Mi Nyu diminta oleh pengurus Go Mi Nam yang meminta beliau untuk menggantikan tempat abangnya di dalam kumpulan   .Walaupun pada mulanya dia menolak, akhirnya dia bersetuju kerana dia ingin mencari ibunya yang terpisah sejak kecil lagi. Kisah bermula apabila Go Mi Nyu terpaksa menyamar dan berpakaian seperti lelaki(menyembunyikan data2 beliau sebagai gadis). Pada mulanya kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu diterima baik oleh Kang Shin Woo (Jung Yong Hwa) dan Jeremy (Lee Hong Ki), tetapi tidak bagi Hwang Tae Kyung (Jang Geun Suk). Tae Kyung menganggap kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu itu sangat menyusahkan kerana pelbagai perkara terjadi yang melibatkan dia dan Go Mi Nam / Go Mi Nyu yang dirasakan amat menjengkelkan aka menyusahkan dirinya. Maka kisah pun bermula di mana Hwang Tae Kyung mengetahui identiti sebenar Go Mi Nam / Go Mi Nyu dan bertindak menjadi penyelamat. Go Mi Nam / Go Mi Nyu pula semakin selesa dengan Hwang Tae Kyung dan sentiasa ingin bersama dengan lelaki tersebut (sobs3)...tak pasal plak tetiba nangis.ceit!Yoo He Yi, pelakon palsu yang kononnya baik mengetahui rahsia sebenar Go Mi Nam / Go Mi Nyu dan ingin membongkarkan rahsia di sebalik penyamaran Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Pelbagai scene berlaku apabila Hwang Tae Kyung cuba menyelamatkan Go Mi Nam / Go Mi Nyu daripada rahsianya terbongkar dan Kang Shin Woo terpaksa mengakui yang Go Mi Nam / Go Mi Nyu adalah miliknya.Pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa dilalui oleh  Go Mi Nam / Go Mi Nyu dan dia mengakui yang dirinya mencintai Hwang Tae Kyung(eceh jiwang plop). Mulanya Hwang Tae Kyung tidak menyedari perasaan itu tetapi beliau akhirnya meluahkan perasaan itu sendiri kepada Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Mereka akhirnya bersama walaupun setelah Go Mi Nam yang sebenar menyertai A.N.JELL. Bak kata orang 'kalau dah jodoh tak ke mana'..eh2..tade kena mengena pon kan..haha.

p/s:lebih lanjut kenalah tengok sendiri,ni ringkasan je..hewhewhew

2. scene2 menarik: 
*scene bila Go Mi Nam sopink sorang2 tapi sebenarnya dia tak sedar yang Kang Shin Woo menemaninya.siap dapat eskrem dan baju percuma lagi.ape kau kesah?
*Hwang Tae Kyung kena kejar ngan ****..comel!haha
*'pit rabbit' yang Hwang Tae Kyung buat dan hidung **** yang Go Mi Nam buat bila dia sedar sukakan Hwang Tae Kyung
*Jeremy yang tekujat bila tau Go Mi Nam adalah gurgirls omai!
*Bila Go Mi Nam menyertai contest yang dibuat2 oleh Hwang Tae Kyung(fans club!) haha..rated diri sendiri
*Banyak lagi adegan sweet moment, u olls kenalah download sendiri. I yang rockers ni pon boleh menanges sobs2 tengok cita ni...huhu

3. watak2:
* Go Mi Nam-comey la Park Shin Hye ni. espesyelly bila dia buat hidung **** tuh..alahai,cepat menangis dalam cite ni dan suka dengan Hwang Tae Kyung. Walaupun dia bersama Hwang Tae Jyung at last, tapi dia tetap terkenang kenangan bersama Jeremy dan Shin Woo.
* Hwang Tae Kyung- handsome banget mamat ni.dengan tingginya alahai! cuma dia slalu buat muka tak pueh hati kat Go Mi Nam. benci kunun, tengok la last2 sangkut jugak u olls. tak kenal maka tak cinta ...mihmih
*Kang Shin Woo- menyukai Go Mi Nam dalam diam. sangat protective. suka tersenyum..hehe dan sangat suweeettt...like2
*Jeremy-sedih mengenangkan betapa kecewanya Jeremy lepas cintanya ditolak. Bila dia menyanyi lagu dalam bas dan didengar oleh Go Mi Nam. tapi kerana dia lah hidup Go Mi Nam bersama AN JELL ceria..hehe


kenapa saya suka?
  • sebabnya,pelakon dia yang sangatla ohsem,tahniah untuk tuan pengarah,
  • lagu2 yang meruntun jiwa..eceh...serious best
  • sebab sy dah tengok banyak kali
  • melibatkan kekeluargaan,friendship,vokal?hehe dan semestinya cinta(mana bleh cita korea tade part cintan cintun)
  • sy nangis tengok cita ni...hahahahahhahahahahahahaah..ohsem the vas!

that's all...my peberet filem.like3
#smile#

3 comments:

Nurin Aireen said...

jenjalan sini dari segmen yang sama. jom lawat ween pulak :D

http://weeweennie-story-of-life.blogspot.com/2013/02/segmen-my-best-k-drama-by-aziera.html

eCha said...

hai.. dari segmen same.. :D.. follow sini

http://belogsaye-echa.blogspot.com/2013/02/segmen-my-best-k-drama-by-aziera.html

NurrA said...

tahniahh..!! :) http://dearmonyetsayang.blogspot.com/2013/03/perhatian-senarai-pemenang-segmen-my.html