Monday, April 8, 2013

::Review filem Dua Kalimah::

Gambo yang sempat di snap sebelum enter panggung. Nora,Sam dan Yana Osem.


Assalamualaikum. 
Ni bukan fresh entry dah ni. Basi dah ni sebab da tiga hari tak hapdet.hehe.
Nak cite pasal filem yang CikYna tengok hari Jumaat hari tu.
Filem Dua Kalimah from MIG,arahan Eyra Rahman.
Pelakon: Shaheizy Sam, Nora Danish, Yana Samsudin, Wan Hanafi Su, Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar, Mikael Andr

"2 kalimah menceritakan mengenai sepasang kekasih, Aiman ( Sam) dan Selena( Nora) yang tekad untuk pulang ke kampung halaman Aiman. Aiman yang pada mulanya dihantar oleh bapanya Haji Idrus untuk belajar di luar negara, tetapi tidak menghabiskan pelajaran dan bercuti di Australia. Detik perkenalan antara Aiman dan Selena bermula sehingga mereka terlanjur.

Sepanjang perjalanan,mereka berdua menghadapi peristiwa azab kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Apabila mereka tiba di kampung Aiman. Haji Idrus menyangkakan Aiman dan Selena adalah suami isteri dan Humaira(Yana) amat sedih kerana Aiman tidak menunaikan janjinya sebelum ke luar negara. Segalanya bermula apabila Aiman jatuh sakit dan strok. Selena akhirnya menceritakan segalanya kepada Haji Idrus mengenai hubungan antara dia dan Aiman dan janji Aiman untuk mebimbingnya ke jalan Allah. 

Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah Dua Kalimah yang dimaksudkan itu?  Dan apa janji Aiman pada Selena dan Humaira?"

Saksikan Dua Kalimah di pawagam berhampiran anda..
 
Trailer

NotakakiCikYna: I give 7/10.hehe

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

cerita ni memang inviting...lepas baca apa yang yna share ni, lagi lah rasa nak tengok tu membuak2... hu hu hu...

YnaRazali said...

sis...tengokla.enjoy la tengok..insaf pon ade.hikhik.

Addin Aisyah said...

kak lina.. tak sangka lak boleh jumpa dalam dunia blog.. ^^