Thursday, August 1, 2013

::Nandos dan sos Peri-peri beliau::

semalam berbuka di Nandos kat Pudu dengan officemate sempena farewell party sorang kawan Yna. Ho Ming nama beliau.
Makanya semalam kami reserve tempat dan berbuka bersama-sama. Yang bestnya kami melayu hanyalah 5 ketul dan selebihnya adalah berbangsa Cina, dari Thailand, Jepun, Korea dan Belanda.
So mereka-mereka ini bersama-sama kami yang 5 ketul ni menunggu la untuk berbuka puasa walopon mulut memasing asyik menyebut lapar-lapar. *tepuk dahi.huhu*
Pilihan makanan Yna semalam adalah 1/4 ayam berperasa pedas, kentang goreng bersama coleslaw.
Ha gitew,very the westernization ye menu untuk berbuka semalam u olls. Telan jelah walopon tade nasi seperti biasa

Oh sebenarnya nak cite pasal Nandos,bukan kesah semalam pom.huhu. 
Nandos ni pada mulanya agak pelik pada Yna sebab first time makan pon my senior yang belanja.
Pelik sebab ayam semata-mata,haish. Masa tu taktau lagi ade side dishes yang boleh dipilih.
Then ayam seketul secoet tu di makan bersama satu sos bernama Peri-peri yang agak masam.
Adesss! Masa tu gar-garu kepala dan telan jela. Mahal kot ayam tu walopon secoet.uhu.
Tapiii...I love the cappucino.Sedap sampai teringat-ingat tau.huhu

Pastu dah tak penah makan dah Nandos ni sebab tak reti nak mengoder sebenarnya.haha.
Bila masuk opis di AQ ni baru jumpa balik ngan Nandos. Tempat peberet opismate Yna adalah Nandos dan Old Town. *oldtown tak suka,t next entry Yna buat pasal oldtown plak*
Tetiba rasa sedap la pulak ayam dan juga sos pelik peri-peri ni. Kena menikmati betul-betul sebenarnya
Pengajaran yang dapat di sini adalah kena cuba berkali-kali pasti anda suka.haha.tade idea dah ni sebenarnya.
Tapi takleh la makan selalu,ayam secoet, kentang dengan coleslaw saje pom da 20 hengget.oho...
So kenala berjimat-jimat kalau makan Nandos.haha.kopak weh kopak..

Kalau nak mengusha juadah berbuka di Nandos, boleh la rajinkan jejari runcing U olls untuk klik website NANDOS. pasti tak rugi dengan sos peri-peri mereka.oyeah!

2 comments:

Unknown said...

heheheh Shakira pun suka Nando's.. but last makan 2011..xoxoxoxox :)

YnaRazali said...

jom shakira,bila2 kita g..hehe