Friday, February 21, 2014

::Vitamin E Collagen Plus BAHAYA?::



Haloo! Haih lama bebenor tak ngapdate. Sangat laa sibuk dengan kerja yang tak pernah nak settle
Tambahan pulak opis ni tengah buat struktur baru, so semua nak dikemaskini.haihh..penat-penat
Eh ni bukan nak cakap pasal keje, tapi nak inform u olls je. Tak pasti la ramai ke yang tau pasal ni atau tak
Yang penting saya adalah salah seorang pengguna produk
Produk apakah?? Vitamin E Collagen Plus!
 

Tadi godek belog, pastu nampak post dari blogger nabilabiela pasal produk ni. Nabila pon pakai gak produk ni dulu-dulu hinggalah dia nampak kesannya
Nabila cakap muka dia gatal dan merah-merah. Haa betul la tu

Dulu masa saya guna produk ni eksaited giler sbb awal penggunaan tu cam kulit nampak cerah giteww. Lembut cam baby cuma masa mula-mula pakai tu kulit mengelupas dan sangat teruk
Stress jugak tapi nak cantik punya pasal kan, tahan la kejap. Kulit cam merah-merah dan mengelupas sampai malu nak naik LRT pergi kerja

Kemudian tu bila dah ok, kwan-kwan start tanya apa saya pakai. Benda baik kenalah share kan
Dah la murah baq hang! RM30 hengget lengkap sabun, krim malam, krim siang. Haa ambik..Lengkap dan murah dan berkesan kau!
Tapi idup tak selalunya baik..ecehhh! Kejap je mende tu, pastu hari-hari berikutnya, muka dah kembali teruk dan gatal-gatal
Jerawat di sana sini..Tak dapat nak ubati. Pastu bila tengok post dari Nabila, cam alamakkkk! Seyeslyyy!

Takpelah, even murah tapi merosakkan muka baik jangan teruskan. Pasni gunalah produk semulajadi.hehe
Nak tau lanjut sila cek kat belog nabilabiela atau cek kat sini. Cegah sebelum kena!

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

akak lagi sadis, tak pernah tau pun produk ni...

YnaRazali said...

haha..dah try ni kak.memula glow giler...

Unknown said...

sy beli RM25 dgn sabun....n dgr kata 2 minggu lepas ada yg buat promosi RM19 ja satu set...huhu