Thursday, February 6, 2014

::spoil mood pagi::

 
 
Pagi bebenor update belog kau. Sebab dah tak tahan sangat nak marah.
Sabar-sabar. Istighfar banyak-banyak..:)
Bukan hape, bayangkan datang pagi-pagi dengan semangat yang membara nak bekerja.
Pastu, pastu, pastu...
Sampai je kat meja...hoih! Menyirap giler rasanyaa..
Banyak giler cik mut sesemut kat meja. Hoimahhh! Terus rasa nak marah
Mai mana semut bebanyak yang angkut geng-geng beliau.grrr..
Ropanya, cik opismate sebelah saya ni punya keje. Minum ayaq nescafe, tak habis, pastu tak reti nak letak lam pantry
Hoihh! Then terpaksa la ngemas meja, dah tu guna magical spray untuk bunuh semut yang sangatt banyak
 
Memanglaa..takleh nak marahkan semut tu, Saya marah kat kakak sebelah ni lahh..
Pandai minum, pandaila letak lam pantry.
Siap bagi warning lagi hokey.hihi
Now, dah okay dah...feeling good. Semoga harini baik dari semalam :)

Wednesday, February 5, 2014

::makan PECEL hari-hari pon takpe::

 
uwaaa..ngantoknya alahaii. Ni tengah rilek-rilek sikit. Minah sebelah siap pegi 7e membeli belah.
Saya?Malas nak berjalan. rasa nak tido je manjang
Tengahari tadi dah melantak nasik campor. Punyalah banyak letak sambal sampai melimpah ruah.
Tamak-tamak.hoih!

Tetiba lom sampai kol 5 perot dah bunyi-bunyian lagu.Seriously dah rasa lapor.
Nasib baik ade kueh pagi tadi, tu pon seketul
Mula lah berjalan-jalan mencari makanan kat sekitar opis.
Dan..serta merta tingat sesuatuu.Makanan ruji kamii..
Yang dulunya saya tak suka, sekarang menjadi igauan.kkikikii

Pecel tu haa. Indon punya makanan. kat gombak ade satu kedai best giler.
Saya pon dah kenal ngan akak tu. Memang superb gak untuk jadik port lepak
Bf, bff semua saya dah angkut..
Nak try? Jom aarr pegi Gombak. Tak tahan pedas memang sorymory la..Takleh nak makan.hihi
Ingat harini nak gi. Mesej akak tu katanya bukak kedai beliau harini.
so happy:) menunggu masa je ni.

Tuesday, February 4, 2014

::Cerita hari Kolumpo::

 
 
Semalam kolumpo cutii.heaven giler rasa. Bangun-bangun je eh-eh arini cuti plakk. Then tido balik.hehe
Actually ade perancangan semalam. Jalan-jalan sempena cuti kolumpo.
Jalan ok la takdela jem macam biasa. Semalam citernye teman my bf pegi ampang park.
First time dia naik lrt, so tak berapa nak familiar.
So semalam saya jadik sifu la tunjuk ajarku sifu acane nak naik train, acane nak beli tiket,
mana nak turun.hehe
 
Dia dapat kije kat sini so panjang la kaki nak berjimba-jimba. Kami pergi lebih kurang pukul 11 dan pas je tengok bangunan opis beliau kami menuju ke JJ.
Time to perabih duittt!kihkihkih
Punya la lama bersoping sampai makan pon tak hengat. Bila masing-masing dah dapat keperluan masing-masing, baru perot rasa berkeroncong
Tetiba lak tingatkan laksa dengan cendoi durian kat Cendol Borhan area Gomabk tu.
Yna pernah buat entry pasal cendol tuu . cek kat sini.
Bapok sedap giler. Cam nak tambah tapi malu..kuangkuang..Dia punya tagline, makan sampai teringat-ingat.
Haaa memang pon..teringat-ingat sampai bawak ke mimpi.
Dann...
Pas makan laksa, tingin lak ciken cop..
Hoi laa.. perot hape tah. Layan la ciken cop sampai abiss.hehe

Nak balik dah nii.. Tu je nak kabor..weekend lepas g temerloh. Ade kenduri.
Tapi no patin this time.hehe:)