Friday, September 19, 2014

My First BFF Contest by Simply Siti




Saya pengguna tegar mekap dan penjagaan muka simply siti. Dah 6 bulan saya pakai dan alhamdulillah banyak perubahan yang saya nampak.
Maklumlah kulit muka minah-minah kampung macam saya  ni tak adalah nak flawless sangat. Berminyak dan berjerawat.
Setakat ni saya pakai White and Detox full set, tu pun selepas kawan saya mengesyorkan nya. eceh!
Mahal sikit, tapi saya pakai sikit-sikit untuk penjimatan.hehe

 
 
 Gambar from google buat sape yang tak tahu macam mana ropenya white and detox ni. Ada cleanser/mask, toner spray, night and day cream.
nak ceritanya di sini tadi saya bukak website simplysiti dan terus nampak satu contest.

Taraaaa....


Let's celebrate the arrival of latest cosmetic range, My First Make Up by participating in SimplySiti My First BFF Contest!
 How to Enter?
  • Purchase 2 products from My First Make Up range
  • Upload your best snap photo with BFF using My First Make Up on Instagram with hashtag #simplysiti and #myfirstmakeup
  • Send your details (full name and contact number) together with scan copy of receipt to contest@simplysiti.com.my BEFORE 30 October 2014
Winners will be chosen based on the MOST GIRLISH look created!
 
Selpie-selpie sedas dua das ngan kawan-kawan, terus dapat hadiah lumayan. Terpikir jugak nak join tapi sibuk sangat sejak-sejak nak berhenti kerja nih.
Kalau u olls ada masa boleh klik kat website simply siti tak pun klik  sini
Pengguna tegar simply siti, apa lagi moh join ramai-ramai.
Mesti tak menyesal bila menang hadiah lumayan.. heehehe
Nanti saya buat review produk ni ye.

 

Wednesday, September 17, 2014

Wordless wednesday quote

 

semalam housemate mintak maaf sebelum dia tidur. Dia mintak maaf atas salah dan silap dia, mana tahu tiba-tiba berlaku apa-apa kat dia masa dia tidur, tak sempat nak mintak maaf.
huuu. sebak plak rasa. Sebelum tidur, saya mintak maaf maaf kat semua orang dan memaafkan semua org ye.

Friday, September 12, 2014

Peperiksaan Pegawai Kastam dan Peperiksaan lain? Mana satu pilihan saya?



Headline, headline. Semua orang dah tahu kan? Pasal exam pegawai kastam yang dibuat online pada sabtu lepas.
Saya dapat sms pasal exam tu dan terus print details berkenaan exam tersebut. Hoih, tak tahu la bila last saya apply, dan yang pasti ianya dah lama. hehe
Pada mulanya saya malas nak ambil test tu sebab sebelum ni dah pernah buat exam AADK dan tak pernah lulus.
3x amik hokey! bukan sekali. Tapi berkat sokongan seseorang, amik la jugak walaupun takde hati ~
Yes, part tak best bila sejam menunggu masih tak boleh masuk dalam page tu. Sengsara jugak dan last-last malas terus.

Tutup laptop, tido balik, kroih kroih. Buang masa sabtu tu bangun awal dan takde result. kikikiki.
Ropenya ramai yang feedback tak boleh masuk dalam sistem dan even soalan pon tak keluar.
Tiba-tiba tup tup dapat sms mengatakan bahawa boleh ambil retest pada hari Rabu, dan ianya MALAM.
Pening jugak fikir sebab saya ada interview lain masa tu (interview itu dirahsiakan sebab terlalu rahsia) mehehehehehe.
Dan saya pilih untuk ke interview rahsia tu tanpa ragu-ragu
Saya anggap interview kastam tu tak berjaya dan tak ada rezeki

Entahla, betul orang cakap belajar universiti pon susah nak dapat kerja terutama kerajaan. Saya memang minat dengan kerja ataupun jawatan kemasyarakatan ni
Sekarang kerja pon tak ada kena mengena dengan apa yang saya ambil kat UIA, tapi mak cakap tak apa, pengalaman tu penting dan insyaAllah pengalaman tu mendewasakan kita
Yes, saya bakal berhenti kerja November ni. Sebab utama bukan nak kahwin tapi sebab saya dah tak tahan dengan kerja saya. Kerja sangat teruk, tapi gaji hoih, tak boleh blah!
Tak apalah, semoga rezeki saya berganda-ganda lepas ni
amin, rezeki anda jugak! Sama-sama doakan ye. :)