Monday, July 22, 2013

::Iftar with Alumni's::

 
Ahaaa.lam tak hapdet ye.maklum la,kalau weekend tade senpat nye nak tenet2 bagai ni.
Tunggu datang opis free sket baru leh cerita-cerita kesah-kesah lalu.eceh.
Ni nak cerita la pasal aktiviti weekend lepas. Ade Iftar bersama alumni PSSCMUIAM.
Havoc,best,sempoi..semua la..yang pasti sangat best bila alumni berkumpul reramai.
Kami lebih kurang 35 orang bergerak dengan 9 buah keta.
Lokasi? Bagan Lalang, jarak lebih kurang 96kilometer dari gombak.
Kami bergerak pukul 5.15 camtu,tunggu yang lain di tol nilai. AlhamduLillah, tak jem sepanjang perjalanan tu.
 
 
Then, singgah di bazzar ramadan Nilai. Dulunya bekas tapak Pusat Asasi UIA Nilai.
Kueh mueh menjadik hidangan, tapi nak habaq mai kat korang semua. Kueh dia mahal gila.huhu
3 ketul kueh 2 hengget. Perlis 2 hengget tu 10 ketul tau kueh.hehe. Terbeliak mata bila dengor. Tapi takpelah sekali-sekala datang.
Kalau berkali-kali tu, tak mampu eden.
Beli banyak-banyak,share makanan dan berbukak lam keta. Sadis nya.huhu.
But it's memorable tau.muehehe.
 
Sampai di sana lebih kurang pukul 8.15 camtu. Semua dah kelaparan dan perot berlagu-lagu riang.uhuk.
Air cepat sampai, jus buah oren dan tembikai yang amat lazat dan mencengkam jiwa.oho..
Antara menu kami adalah tomyam seafood, pepahat masak pedas,kailan ikan masin, sotong goreng tepung dan siakap bako. Ohmaigod! 
Semuanya sedap dan habis hingga jilat pinggan. Cumanya first time makan pepahat tu,tak rape gemar walopon CikYna penggemar tegar haiwan bercengkerang.
 
Selesai makan je, masing-masing sibuk berceghita. Maklumla lama tak jumpa.Riuh rendah restoran tu dengan gelagat kami tau.
Siap soping-soping lagi kat situ. Cuma I olls terkilan tak bawak kamera olympus untuk snap gambo.
Adelah gambo ihsan dari alumni yang amik kat fesbuk.uhuk..
Lagi satu takleh jalan-jalan di pantai. Gelap,tak nampak pape pom.
So far sangat meriah dan berlarutan sampai hingga ke sahurrr...
 
 ramai khen??huhu.licin pinggan.huhu

1 comment:

Puan Eka said...

eka suka pepahat. hehehehehe

tgh tggu tunang eka kompem nak makan kat mana.

hehehehe

yna, eka pun peminat haiwan bercengkerang. hehehe

haaa 3 ketul dua hengget? bia betikkkkkk. Sini singgit je