Tuesday, August 5, 2014

::Al kisah nak balik raya::



Hi,
 
Selamat Hari Raya u olls. Raya tahun ni biasa-biasa sahaja macam tahun lepas. Takde yang menarik. Lebih elok bersederhana gitu!
Macam tahun lepas jugak, takda gambar raya ye. Takde gambar raya satu family. Seriously!
Mana taknya, 2 hero lesap lepas semayang raya. Tak sempat nak snap gambar terus memulakan agenda mencari duit raya
lepas tu kengkononnya nak photoshoot la dengan sepupu malam raya pertama tu. Last-last malam tu end up dengan masing-masing demam dan selsema raya

Oh sebenarnya nak cerita pasal kisah balik raya, dengan kakak saya. Hoihh sadis bila mengenangkan insiden yang kami alami.
Alkisahnya 25hb tu lepas keje, saya berjalan-jalan ke Jalan TAR mencarik baju raya. Satgi takde baju raya takde feeling plak dan kebetulan gaji masuk hari tu. Alhamdulillah
Ade 2 jenis baju yang saya berkenan tapi nak mengikut keadaan semasa saya pilih kurung moden.
Gambar macam biasa la takde. Meh saya google sat
 
 
 
Cani haa.. Cumanya kain saya warna biru. Rege? berpatutan la dengan kualiti kain.hewhew. Lepas tu terus saya bergegas ke JJ Wangsa Maju nak berbuka last time dengan kawan-kawan.
memang teringin gila nak makan nandos tak tau kenapa
Last-last berbuka saja dalam kereta dan pergi nandos kat sri Gombak. Pueh hati 4 orang makan RM100. hoih!
Baik punya lepak, tak ingat kata bas saya untuk ke ipoh pada jam 11.00 malam. Saya balik ipoh sebab nak tumpang sepupu untuk ke perlis
Dan masalahnya pukul 10 kami masih di Gombak. Kelam kabut sangat dengan beg nya nak kejar masanya dan kami sampai kat pudu jam 11.15
 
 
 
so apa u olls expect kalau dah lambat 15 minit?? memang tak tunggu la weh. bye bye sayonara la
hakak bas tu siap cakap lagi sekarang dah 11.15 dik. Bas dah jalan
Masa tu tak tau la apa rasa. Nak menangis ke, nak gelak ke, nak mengamuk ke.
Last-last saya kena beli tiket lain la ke Ipoh. Nasib baik lah ada walopon bas tambahan
2 jam drag masa dan alih-alih kena berjalan sampai depan Pudu sebab bas tu tak masuk kat platform
Kau bayangkan pukul 1 pagi cam tu bawak beg berat-berat dah macam PATI dah
Dan naik bas terus kroih kroih. Penat dan lenguh kaki. Bukak mata sahaja dah sampai Ipoh lepas 5 jam perjalanan. Lama kau tapi sebab letih kepenatan rasa sat sangat.

Dan tak beritahu sape-sape pon pasal insiden ni. Yang baca tu diam-diam sudah ye.haha
Mood raya lagi ni.. Malas nak kerja. Dengan tak sihatnya. Malam asyik batuk dan selsema
Saya bawak kuih raya ke office dan itu korean lady translate Batang Buruk ke English.
Ce korang translate sat!


No comments: